awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Lombok: Seorang warga Malaysia disahkan maut di lokasi air terjun

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2019
12:41 MYT
Gempa Lombok: Seorang warga Malaysia disahkan maut di lokasi air terjun
Antara mangsa yang dipindahkan pasukan penyelamat di lokasi tragedi. - Sumber foto: katada.id
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menerima laporan bahawa seorang warganegara Malaysia telah terkorban dalam insiden tanah runtuh pasca gempa bumi di Lombok Utara, pada Ahad.
Sementara itu, enam lagi warganegara Malaysia yang lain belum dapat dikesan dalam insiden gempa berskala 5.8 Richter di Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu.
Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran insiden gempa bumi tersebut dan menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +(6221) 522 4947 / +62 813 8081 3036, 03-8887 4570 (Wisma Putra) atau e-mel: [email protected]
Kementerian Luar Negeri juga ingin menasihatkan supaya warganegara Malaysia melaporkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada Ahad berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.
Difahamkan, terdapat 22 pelancong rakyat Malaysia berada di lokasi alam semula jadi itu sewaktu kejadian berlaku.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat dan Protokol Lombok Utara, Deddy Mujaddid Muhas, memberitahu kepada media, terdapat dua orang terkorban akibat insiden tanah runtuh berkenaan.
BACA: Gempa Lombok: 22 warga Malaysia di lokasi air terjun antara terjejas, dua pelancong maut
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#air terjun
#bencana
#gempa
#Lombok
#Nusa Tenggara Barat
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan