Sekurang-kurangnya sembilan mangsa terkorban manakala 30 yang lain dilaporkan hilang akibat gempa yang menggegarkan pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi Khamis.

Gempa turut menyebabkan 120 penduduk mengalami kecederaan.

Media tempatan melaporkan sekitar 5.3 juta penduduk terjejas apabila gempa berukuran 6.6 pada skala Richter tersebut turut mengakibatkan tanah runtuh yang memutuskan bekalan elektrik di seluruh pulau itu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan 25,000 anggota pasukan penyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kediaman yang musnah akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, loji tenaga nuklear Tomari di Hokkaido terpaksa beroperasi semula untuk membekalkan kuasa elektrik bagi menghidupkan sistem penyejukan loji bagi mengelak pemanasan melampau pada reaktor.

Sejurus gempa besar itu berlaku, puluhan gegaran susulan direkodkan sepanjang malam hingga ke pagi pada waktu tempatan.

Gempa bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami.