awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa-Tsunami Palu: Angka kematian menghampiri 1,400

Agensi
Agensi
03/10/2018
03:55 MYT
Gempa-Tsunami Palu: Angka kematian menghampiri 1,400
Hampir 200,000 mangsa memerlukan bantuan segera, puluhan ribu antara mereka kanak-kanak. - Foto Reuters/Athit Perawongmetha
Angka kematian dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi pada Jumaat telah meningkat hampir 1,400.
Menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hampir 200,000 mangsa memerlukan bantuan segera, puluhan ribu antara mereka kanak-kanak.
Lebih 66,000 rumah juga musnah atau rosak susulan gempa berukuran 7.5 magnitud dan tsunami itu.
Kini mangsa terselamat berdepan dengan dahaga dan kelaparan akibat kekurangan bekalan makanan dan air bersih selain hospital tempatan dipenuhi mangsa cedera.
“Satu yang dirasakan pasukan yang bekerja di situ adalah amat kecewa.
“Penyelamat masih tidak dapat sampai ke kawasan besar yang teruk terjejas dan mereka terus berusaha, melakukan apa yang terdaya,” kata jurucakap pejabat kemanusiaan badan dunia itu, Jens Laerke di Geneva lewat semalam.
Pihak berkuasa pada awalnya menutup sebelah mata apabila mangsa mengambil barangan keperluan asas namun terpaksa menahan beberapa individu bertindak keterlaluan dengan melarikan wang dan komputer.
"Selepas hari kedua bekalan makanan telah tiba namun sekarang kami terpaksa mengawal keadaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ari Dono Sukmanto.
Konvoi bantuan kemanusiaan juga dilihat memasuki bandar Palu diiringi anggota tentera dan polis.
Dikhuatiri masih ada lagi mangsa yang hidup terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
“Angka kematian kini 1,374, dengan 113 lagi hilang.
“Masih ada mayat terperangkap di bawah runtuhan. Kami tidak tahu berapa banyak.
“Keutamaan adalah mencari dan menyelamatkan penduduk,” kata ketua agensi bencana kebangsaan Indonesia, Willem Rampangilei.
Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan terus meningkat ketika pasukan penyelamat berjaya sampai ke kawasan yang terputus sebelum ini.
Kebimbangan pihak berkuasa ketika ini adalah merebaknya penyakit bahaya apabila mayat mula mereput.
Topic Berkaitan
#cedera
#dahaga
#gempa bumi
#kelaparan
#Palu
#PBB
#Sulawesi
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan