Gunung berapi Etna di Itali mula memuntahkan lava dan abu panas selain mencatat aktiviti seismik yang aktif pada Isnin.

Perkara itu disahkan badan pemerhati gunung itu yang turut mencatatkan 130 gegaran gempa bumi dengan yang paling kuat pada bacaan 4.0 magnitud.

Sementara itu, Lapangan Terbang Catania di Sicily turut ditutup.

Bagaimanapun, aliran abu dan lava setakat ini tidak menyasarkan penduduk di kawasan berhampiran dan belum ada laporan kecederaan susulan letusan tersebut.

Etna merupakan antara gunung berapi terbesar di Itali dan mula aktif sejak Julai lepas.