awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik
Bekalan ayam, telur dijangka stabil menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halimah Yacob angkat sumpah jawatan presiden ke-8 Singapura

Bernama
Bernama
14/09/2017
13:28 MYT
Halimah Yacob angkat sumpah jawatan presiden ke-8 Singapura
Halimah, 63, Presiden wanita pertama Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos. -Gambar fail
Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden kelapan Singapura di Istana hari ini yang juga menandakan hari pertama beliau menyandang jawatan itu untuk tempoh enam tahun.
"Saya, Halimah Yacob, yang dipilih sebagai Presiden Republik Singapura, sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menjalankan tugas-tugas saya dengan jujur dan ikhlas".
Upacara mengangkat sumpah jawatan itu disaksikan oleh perdana menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Ketua Hakim Sundaresh Menon.
Halimah, 63, Presiden wanita pertama Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.
Dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden, Halimah berkata: "Saya tahu bahawa sesetengah rakyat Singapura lebih suka mencapai ini tanpa perlu mengadakan pilihan raya yang dikhaskan. Saya menghormati pandangan mereka."
Pilihan raya Presiden Singapura 2017 memperuntukkan calon presiden kepada komuniti Melayu.
"Seperti mereka, saya menaruh harapan supaya suatu hari nanti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan untuk mengadakan pilihan raya, dan rakyat Singapura secara semula jadi dan dari semasa ke semasa memilih warga dari semua kaum sebagai Presiden.
Halimah memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura bahawa "sebagai Presiden anda" saya akan berkhidmat kepada setiap orang daripada anda, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama."
Halimah dilantik sebagai Speaker wanita pertama Parlimen Singapura empat ahun lalu.
Beliau menceburi politik pada 2001 dan menjadi anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Jurong dan GRC Marsiling Yew-Tee.
Halimah yang diisytiharkan sebagai bakal Presiden pada Rabu juga ialah ketua negara pertama dari komuniti Melayu dalam tempoh 47 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halimah Yacob
#Lee Hsien Loong
#Presiden Republik Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan