awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halimah Yacob mula bertugas sebagai Presiden Singapura Khamis ini

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/09/2017
03:38 MYT
Halimah Yacob mula bertugas sebagai Presiden Singapura Khamis ini
Halimah akan menjadi presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun. - Foto REUTERS/Samrang Pring
Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Singapura sebaik diumumkan sebagai presiden negara itu selepas menang tanpa bertanding.
“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat pada rakyat Singapura, ada pilihan raya atau tidak komitmen terhadap rakyat kekal sama,” katanya seperti dilapor The Straits Times.
Beliau dijangka mengangkat sumpah Khamis ini dan akan berkhidmat sebagai Presiden selama sepenggal (enam tahun).
Halimah akan menjadi presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun selepas menjadi satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding yang dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.
Manakala permohonan dua lagi calon, Farid Khan, 62 tahun, dan Salleh Marican, 67, ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan iaitu mengetuai syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah RM1.56 bilion untuk tempoh tiga tahun terakhir.
Pilihan Raya Presiden kali ini menyaksikan ia dikhaskan kepada komuniti Melayu berikutan perubahan skim pengundian presiden yang diluluskan parlimen pada November lepas.
Perubahan itu membolehkan pilihan raya dikhaskan kepada komuniti tertentu yang mana tiada wakil yang diundi sejak lima penggal lalu.
Topic Berkaitan
#Halimah Yacob
#pilihan raya
#pilihan raya presiden
#presiden
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan