Satu pertemuan dengan Megan Markle sudah cukup bagi Putera Harry, waris kelima takhta Britain, buat keputusan, ya, inilah wanita yang diingininya untuk seumur hidup.
Putera Harry bertentang mata buat pertama kalinya dengan Markle, menerusi satu temujanji rahsia oleh rakan mereka pada 2016.
Benarlah ungkapan cinta itu misteri, pertemuan itu sebenarnya membuka ruang hubungan lebih serius antara Putera Harry dan Markle.
Empat minggu kemudian, Putera Harry dan Markle bermandi cahaya bintang di Botwana, petanda mereka sudah dilanda cinta.
Kisah itu berjaya dihidu media, namun pasangan itu hanya buat penampilan bersama secara terbuka di Sukan Invictus, di Toronto.
BACA: Putera Harry, Meghan Markle bakal langsungkan perkahwinan pada 2018
Tidak seperti hubungan cintanya sebelum ini, tindak-tanduk Putera Harry membuktikan perasaan sebenarnya kepada Markle, aktres yang dikenali menerusi siri TV popular 'Suits'.
Putera Harry juga lebih terbuka, sehingga membuat pengumuman mengesahkan hubungannya dengan Markle, selepas dakwaan media dia mencampuri kehidupan peribadi Markle.
Dalam satu temuramah, Markle akui langsung tidak bersedia dengan perhatian yang diberi media selepas tersebar hubungannya dengan Putera Harry.
Sehingga pada satu tahap, Markle memutuskan enggan lagi membaca laporan akhbar mengenai kisah cintanya dengan Putera Harry.
Pasangan itu mengesahkan pertunangan mereka pada Isnin, dan dijangka berkahwin tahun depan.
Putera Harry dan Markle sudah merangka rancangan mahu memulakan keluarga secepat mungkin.
Agensi
Mon Nov 27 2017
Putera Harry dan Megan Markle mahu anak secepat mungkin.- Foto REUTERS/Toby Melville
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Gelagat kerabat, martabat tergugat
Keluarga Windsor di England, Bernadotte di Sweden, Dinasti Chakri di Siam dan Takhta Kekwa di Jepun - empat kerabat diraja dunia masing-masing dengan ragam berbeza.