Tutup

Berita  | Dunia

Harimau Malaya naik Barracuda selepas benam Garuda

Harimau Malaya naik Barracuda selepas benam Garuda
Kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia yang membawa pemain Hariamau Malaya keluar dari stadium. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia keluar dari stadium bagi memastikan keselamatan mereka.

Ia susulan kekecohan selepas skuad Harimau Malaya berjaya membenam Garuda 3-2 dalam aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta pada Khamis malam.

Menurut Bernama, kesemua 24 pemain skuad kendalian jurulatih Cheng Hoe serta pegawai pasukan negara diiring menaiki lima buah kereta perisai Barracuda.
Malah, sebuah bas juga digunakan bagi mengalih perhatian perusuh.


Tindakan agressif penyokong tuan rumah itu dilihat bukan pertama kali berlaku. Untuk rekod, skuad Harimau Malaya pernah melalui pengalaman sama selepas dikepung dan dibaling objek keras ketika menjulang piala AFF 2010 menewaskan Indonesia 4-2.
Pada Sukan SEA 2011 pula, situasi sama berlaku apabila skuad negara dibawa menaiki kereta perisai Barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah.

Mereka antara lain membaling suar, botol batu dan besi kepada penyokong Malaysia.

Penyokong Malaysia pula difahamkan terpaksa menunggu lebih 2 jam di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel masing masing.