awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil ujian klinikal penawar COVID-19 tiga minggu lagi - WHO

Bernama
Bernama
21/02/2020
12:33 MYT
Hasil ujian klinikal penawar COVID-19 tiga minggu lagi - WHO
Antivirus itu didapati menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengatakan keputusan awal ujian klinikal penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi, lapor agensi berita Xinhua.
"Kami masih menantikan keputusan dua ujian klinikal yang dilakukan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) WHO," kata Ketua Pengarah badan kesihatan dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian.
"Satu ujian klinikal itu menggabungkan dua ubat untuk HIV, Lopinavir dan Ritonavir, satu lagi ujian antivirus dipanggil Remdesivir. Kami menjangkakan paling awal keputusan dapat diperoleh dalam tempoh tiga minggu," katanya.
Remdesivir dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi sebagai agen antivirus melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk) dalam kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet.
Antivirus itu didapati menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 China sahkan 411 kes baharu, 115 kematian
Satu kajian yang diterbitkan pada 2004, mendapati gabungan ubat antiHIV Lopinavir dan Ritonavir mempunyai "manfaat klinikal yang penting" apabila diberikan kepada pesakit SARS. Di Hospital Jinyintan, Wuhan, kumpulan pertama seramai 41 pesakit dirawat menggunakan gabungan ubat tersebut.
Versi ketiga buku garis panduan rawatan COVID-19 yang diterbitkan Suruhanjaya Kesihatan China mencadangkan pengambilan dua pil Lopinavir/Ritonavir dan menyedut ubat alpha interferon dua kali sehari boleh memberi manfaat kepada pesakit.- Bernama
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Ebola
#HIV
#Hospital
#koronavirus
#virus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan