Seorang lelaki di Turki diangkat sebagai hero selepas tindakan pantasnya telah menyelamatkan bayi berumur 24 bulan yang terjatuh dari tingkap tingkat dua.

Warga Algeria, Fawzi Zabaat, 17, sedang berjalan di kawasan di daerah Fatih di Istanbul apabila dia terlihat kanak-kanak perempuan Syria itu sedang bermain berhampiran tingkap apartmen keluarganya pada minggu lalu.

Aksi pantasnya menyambut budak dikenali sebagai Doha Muhammed tersebut dirakamkan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan turut menjadi tular di media sosial.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sempat menyelamatkannya sebelum dia jatuh ke tanah,” katanya kepada agensi berita Dogan.

Kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh dari tingkap tanpa disedari ibunya yang sedang memasak.

Doha dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sebagai membalas budi Zabaat, keluarga budak terbabit turut memberikan sagu hati AS$35 (RM144) kepadanya. - Agensi