awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan dengan Rusia: Michael Flynn mengaku bersalah 'menipu' FBI

Agensi
Agensi
01/12/2017
20:40 MYT
Hubungan dengan Rusia: Michael Flynn mengaku bersalah 'menipu' FBI
Flynn sedia untuk memberi keterangan berkaitan arahan Trump. - Gambar fail
Bekas Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) Michael Flynn pada Jumaat mengaku bersalah kerana berbohong pada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai hubungan dengan duta Rusia.
Pihak pendakwa raya juga mendedahkan bahawa dia pernah menghubungi pegawai kanan dalam pasukan peralihan Donald Trump sebelum bercakap dengan pegawai-pegawai Rusia.
Di sebuah mahkamah di Washington, Flynn menjadi anggota pertama dalam pentadbiran Trump yang mengaku bersalah atas jenayah yang dibongkar pasukan penyiasat khas berkaitan dakwaan percubaan Rusia mempengaruhi pilihan raya presiden AS pada 2016.
Flynn yang juga bekas panglima tentera dan anggota pasukan kempen politik Trump, mengaku bersalah dalam rundingan akuan bahawa dia memberi kenyataan bercanggah kepada FBI mengenai kaitannya dengan Duta Sergei Kislyak.
ABC News melaporkan Flynn, yang berdepan hukuman lima tahun penjara, bersedia memberi keterangan berkaitan Trump yang dikatakan telah mengarahkannya untuk berhubung dengan pihak Rusia, sebelum Trump memulakan tugas di White House.
Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#FBI
#Michael Flynn
#pilihanraya
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan