Tutup

Berita  | Dunia

Hubungan makin tegang, AS mulakan proses ekstradisi pegawai Huawei

Hubungan makin tegang, AS mulakan proses ekstradisi pegawai Huawei
Penahanan Wanzhou mencetuskan ketegangan hubungan antara China, Kanada dan AS. -Foto fail
Amerika Syarikat (AS) sudah menyatakan kepada kerajaan Kanada bahawa ia merancang untuk meneruskan permohonan rasmi ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan Huawei Meng Wanzhou atas tuduhan melanggar undang-undang sekatan ekonomi Iran.

Menurut laporan Reuters, bagaimanapun Duta Kanada ke AS, David Macnaughton tidak menyatakan bila permohonan rasmi akan dibuat.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Januari.
Huawei serta Jabatan Keadilan AS enggan mengulas lanjut laporan tersebut.

Penahanan Wanzhou mencetuskan ketegangan hubungan antara China, Kanada dan AS dengan kemuncak China menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyat Kanada atas dakwaan menyeludup dadah.
Keputusan itu dikutuk keras Kanada yang berikrar akan melakukan rayuan rasmi.

Wanzhou kini berada di Kanada selepas bebas dari tahanan reman, namun perlu berada di rumah sebelum jam 10 malam dan memakai peranti pengesan elektronik di kaki.

Perkembangan terbaharu ini dijangka menjadikan hubungan dua hala AS dan China yang sedang berunding perjanjian dagangan, kembali tegang. 


Tag: AS, China, Iran, Amerika Syarikat, Meng Wanzhou, Perang dagangan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.