awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, 75,000 penduduk di barat Jepun diarah kosongkan kediaman

Agensi
Agensi
04/07/2020
06:02 MYT
Hujan lebat, 75,000 penduduk di barat Jepun diarah kosongkan kediaman
Agensi berita NHK melaporkan aktiviti mencari dan menyelamat tiga mangsa di Kumamoto sedang giat dijalankan. - Gambar AFP
Kira-kira 75,000 penduduk di Kumamoto dan Kagoshima di barat Jepun diarah mengosongkan kediaman susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.
Kejadian tersebut turut mengakibatkan ratusan penduduk terkandas dengan 13 individu dilaporkan hilang setakat ini.
Agensi berita NHK melaporkan aktiviti mencari dan menyelamat tiga mangsa di Kumamoto sedang giat dijalankan.
Sementara itu, agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran tahap tertinggi berhubung hujan lebat di Kumamoto dan Kagoshima dekat Pulau Kyushu.
Rakaman televisyen memaparkan kenderaan tenggelam di kawasan parkir berhampiran limpahan sungai, manakala beberapa jambatan turut dilaporkan runtuh.
Beberapa perkhidmatan kereta api, termasuk kereta api laju Shinkansen digantung di wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jepun
#Kagoshima
#Kumamoto
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan