Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Hutan Amazon akan musnah dalam 50 tahun lagi?

Hutan Amazon akan musnah dalam 50 tahun lagi?
Hutan-hutan di seluruh dunia terutamanya hutan tropika menyedut sebanyak 25 ke 30 peratus oksigen oleh hidupan bernyawa yang dibebaskan ke atmosfera. - Reuters
EKOSISTEM terbesar dan terkaya dunia, hutan Amazon, berada dalam keadaan kritikal apabila saintis mendedahkan ia bakal bertukar menjadi sebuah padang kering dalam masa setengah abad lagi.

Menurut sebuah jurnal Nature Communications, saintis mengesahkan bahawa ekosistem lain seperti terumbu karang Carribean juga bakal pupus dalam jangka masa 15 tahun akan datang.
Setiap perubahan melampau ini akan memberi kesan yang teruk terhadap spesies hidupan lain termasuk manusia dan haiwan yang berkongsi habitat sama.

Badan penasihat sains iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kenaikan suhu pemanasan atmosfera 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri boleh menjejaskan sehingga 90 peratus terumbu karang air cetek.
BACA: Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan

BACA: Hutan Amazon terbakar ekoran tindakan Presiden Bolsonaro utamakan pembangunan

Selain itu, purata suhu permukaan bumi pula telah bertambah lebih 1 darjah Celsius.

Suhu maksimum bagi hutan Amazon masih tidak jelas, tetapi para saintis telah menjangkakan sekiranya 35 peratus daripada permukaan hutan Amazon dieksploitasi, maka ia akan menyebabkan kepupusan yang ketara.

Lebih kurang 20 peratus lembangan hutan Amazon telah dieksploitasi oleh tujuh buah negara sejak tahun 1970 mengukur lebih dari lima juta kilometer persegi.

Tujuan ekploitasi termasuklah untuk mendapatkan sumber kayu bakau, soya, penanaman kelapa sawit, bahan api bio dan penternakan.

“Manusia perlu bersedia untuk menghadapi perubahan lebih cepat daripada yang dijangkakan,” kata pensyarah di Fakulti Sains Alam di Universiti Bogor, Simon Wilcock, seperti yang dipetik dari portal berita Channel News Asia.

Dalam pada itu, tragedi kebakaran yang tidak terkawal di Amazon dan Australia juga telah menambah impak kepada perubahan iklim.

Sehubungan itu, seorang pensyarah biodiversiti dan ekosistem dari Univerisit College London juga berpendapat bahawa tindakan perlu diambil segera untuk mengelak dari kehilangan hutan bakau yang telah melalui evolusi selama lebih 58 juta tahun, dan menampung kehidupan puluhan juta orang manusia.

Satu lagi kajian yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan hutan tropika di seluruh dunia sedang kehilangan kapasiti untuk menyerap karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembakaran bahan fosil.

Hutan-hutan di seluruh dunia terutamanya hutan tropika menyedut sebanyak 25 ke 30 peratus oksigen oleh hidupan bernyawa yang dibebaskan ke atmosfera.

Dalam hal lain, transformasi boleh berlaku kepada ekosistem jika berlaku tekanan. Sebagai contoh, kajian telah mengenal pasti perubahan dalam lebih 40 persekitaran semulajadi di kawasan perairan dan darat, dari sekecil kolam hingga ke Laut Hitam yang luas.

Sebagai contoh, bentuk landskap perhutanan Sahel di Afrika telah berubah ke padang pasir walaupun perubahan tersebut berlaku dalam jangka masa yang panjang.

Sekiranya kerosakan pada hutan itu mencapai pada tahap maksimum, maka, secara jelas, perubahan alam akan berlaku dengan ketara.

BACA: Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan