Berita  | Dunia

Ibu bunuh, buang empat bayi dalam baldi berisi konkrit

Ibu bunuh, buang empat bayi dalam baldi berisi konkrit
Seorang wanita tergamak membunuh dan menyimpan mayat empat bayi dalam baldi berisi konkrit selama dua dekad di sebuah pangsapuri di Jepun. -Gambar hiasan
SEORANG wanita tergamak membunuh dan menyimpan mayat empat bayi dalam baldi berisi konkrit selama dua dekad di sebuah pangsapuri di Jepun.

Suspek, Mayumi Saito yang melahirkan kesemua bayi tersebut di antara tahun 1992 dan 1997 difahamkan telah membunuh empat anaknya itu ekoran keadaan kewangan yang mendesak.
Daily Mail UK menyebut wanita 53 tahun itu menyerah diri kepada pihak polis di Osaka.

Pegawai penyiasat yang menggeledah rumahnya menemukan empat baldi berisi konkrit yang disimpan di dalam almari.

Hasil siasatan mendapati setiap baldi itu mengandungi mayat bayi-bayi berkenaan.

Soal siasat terhadap suspek masih diteruskan untuk menentukan sama ada empat bayi tersebut dibunuh atau meninggal sewaktu dilahirkan.