SEORANG ibu tergamak merakam perlakuan tidak senonohnya bersama anak lelaki berusia 4 tahun untuk dijual kepada pedofil di internet.

Wanita berusia 26 tahun itu ditahan selepas didakwa cuba menjual rakaman video tersebut pada harga £85 (kira-kira RM400).

Menurut polis, secara keseluruhan, wanita itu telah memperoleh £2,500 (kira-kira RM13,000) daripada hasil jualan 30 video.

Wanita itu juga dituduh mengambil gambar lucah bersama anak lelakinya serta menjual gambar tersebut di laman web gelap.

Menurut polis, wanita itu berbuat demikian selepas menerima e-mel tawaran kerja daripada seorang wanita muda.

“Seorang wanita telah menghubungi saya melalui e-mel dan menawarkan saya kerja.

“Pada mulanya, saya perlu mencari kanak-kanak dalam talian yang sanggup bersama saya merakam video berkenaan.

"Kemudian, wanita muda itu mula mencadangkan saya merakam video itu bersama-sama anak saya dan saya pun bersetuju,” kata wanita itu lagi.

Menurut polis, pihaknya sudah lama mengumpul bukti berhubung kes tersebut.

Jika sabit kesalahan, wanita itu bakal dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas pelbagai kesalahan berkaitan seks.