awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan bayi terkorban akibat serangan Israel di Palestin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/05/2019
23:22 MYT
Ibu dan bayi terkorban akibat serangan Israel di Palestin
Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu seorang bayi Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung wilayah tersebut, semalam. Gambar fail Reuters
Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu seorang bayi Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung wilayah tersebut, semalam.
Menurut kementerian itu bayi tersebut, Sabaa Arar yang berusia setahun dua bulan terbunuh, sementara ibunya yang sedang mengandung cedera teruk selepas rumah mereka turut menjadi sasaran serangan terbabit.
Bagaimanapun, wanita berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital, sementara seorang lagi kanak-kanak turut mengalami kecederaan parah.
“Mereka duduk di halaman rumah mereka bersama ibu mereka. Mereka terkejut dengan pendaratan peluru berpandu tersebut.
“Ini adalah perbuatan jenayah,” kata saudara kepada mangsa, Abu Nidal Abu Arar.
Sebelum itu, kementerian itu memberitahu seorang lelaki Palestin berusia 22 tahun terkorban, manakala 13 yang lain cedera akibat serangan rejim itu.
Sementara pada Sabtu, jurucakap kesihatan kesihatan melaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun turut terbunuh selepas mangsa terkena dron berpandu Israel ketika sedang menunggang motosikal di utara Gaza.
Dalam perkembangan lain, seorang jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai insiden itu dan memaklumkan hanya menyasarkan sasaran ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan roket.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Kanak-kanak
#Kementerian Kesihatan Gaza
#Sabaa Arar
#serangan Israel
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan