Pemakaman jenazah ibu kepada Presiden Indonesia, berlangsung penuh duka, ketika dunia dan Indonesia menghadapi pandemik virus COVID-19, yang kini membataskan sebarang perhimpunan atau majlis yang dihadiri ramai orang, bagi mengekang penularan virus itu.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) memohon rakyat Indonesia memanjatkan doa mereka dari rumah, sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham ibunya Sudjiatmi Notomihardjo, yang disemadikan di Pemakaman Keluarga Mundu, di Surakarta, Jawa Tengah, kira-kira 1.30 petang waktu Indonesia barat.
Rakyat Indonesia, tokoh tokoh pemimpin, tokoh korporat dan semua lapisan masyarakat menjadikan platform media sosial bagi menzahirkan ucapan takziah mereka, atas kehilangan besar Presiden Indonesia itu.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD dalam satu kenyataan berkata, Jokowi telah meminta barisan menteri kabinetnya agar tidak menghadiri upacara pengkebumian itu, dan meminta masyarakat turut tidak berbuat demikian.
Twitter rasmi Presiden Indonesia @jokowi, turut dibanjiri ucapan takziah daripada netizen, dalam ciapan berkenaan pemergian ibunya sejak semalam.
Jenazah ibu Jokowi disolatkan di Masjid Baitul Rahman, yang terletak berdekatan rumah Allahyarham, sebelum dibawa ke tempat pengkebumian, yang terletak kira-kira 8 kilometer.
Majlis pengkebumian itu juga dihadkan jumlah kehadiran yang dihadiri Jokowi, keluarga terdekat dan petugas protokol dan keselamatan, dengan semua mereka disembur pembasmi kuman dan memakai penutup mulut dan hidung, selain mengikuti langkah-langkah tertentu seperti jarakan sosial.
Allahyarham meninggal dunia di Rumah Sakit (hospital) Slamet Riyad, Surakarta pada usia 77 tahun, jam 4.45 petang semalam waktu Indonesia Barat, akibat kanser yang dideritainya sejak empat tahun lepas.
Pemerintah Indonesia telah melaksanakan beberapa langkah membataskan dan kawalan pergerakan, antaranya melarang perhimpunan berskala besar, menutup sesi persekolahan, tempat-tempat ibadat, pusat hiburan, menekankan aspek jarakan sosial dan pelaksanaan sepenuhnya konsep bekerja dari rumah di sektor-sektor yang tidak kritikal, bagi membendung penularan COVID-19, yang sehingga semalam telah mengorbankan 58 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Jenazah ibu Jokowi disolatkan di Masjid Baitul Rahman, yang terletak berdekatan rumah Allahyarham, sebelum dibawa ke tempat pengkebumian. - Foto Twitter@setkabgoid
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.