awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS

Ibu kepada anak George Floyd mahukan keadilan

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
00:45 MYT
Ibu kepada anak George Floyd mahukan keadilan
ROXIE: Gianna sudah tiada ayah... Floyd tidak lagi boleh melihat anaknya membesar, tamatkan pelajaran dan bersamanya. -Reuters
Ibu kepada anak perempuan George Floyd hanya mahukan keadilan di atas kematian lelaki itu.
Kenyataan itu dibuat Roxie Washington menerusi satu sidang media pada Selasa selepas protes berlanjutan susulan kematian Floyd.
Roxie bersama Gianna, 6, dilihat sebak ketika bercakap pada sidang media berkenaan.
“Tidak banyak perkara yang saya hendak katakan kerana tidak mampu meluahkan.
"Tetapi saya mahu semua orang tahu inilah kesannya apabila pegawai itu melakukan keganasan.
“Pengakhirannya, mereka turut pulang ke rumah dan bersama keluarga mereka.
"Gianna sudah tiada ayah. Floyd tidak lagi boleh melihat anaknya membesar, tamatkan pelajaran dan bersamanya.
“Sekiranya dia mempunyai masalah, dia memerlukan bapanya. saya di sini untuk anaknya ini dan Floyd kerana saya mahukan keadilan untuknya, kerana dia seorang yang baik.
"Tidak kira apa yang orang ramai fikirkan, dia seorang yang baik. Inilah buktinya dia seorang lelaki yang baik,” katanya.
Sebelum ini, anggota polis Minnesota yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Floyd dipecat.
Rakaman video saksi yang tular di media sosial menunjukkan anggota polis berkenaan bertindak secara agresif ketika menahan Floyd.
Dalam video itu, Floyd dilihat merayu kepada pihak polis yang bertindak melutut atas lehernya sehingga tidak boleh bernafas.
Topic Berkaitan
#George Floyd
#Gianna
#kematian lelaki kulit hitam
#media sosial
#polis Minnesota
#protes
#Roxie Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.