PRESIDEN Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi merancang untuk memindahkan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke satu lokasi baharu.
Namun, lokasi ibu kota baharu negara itu masih belum ditentukan.
Katanya, Jakarta memikul dua beban -- sebagai pusat pemerintahan dan perkhidmatan awam serta sebagai pusat perniagaan.
Beliau menimbulkan persoalan kepada rakyatnya menerusi media sosial: "Di manakah patut berpusatnya ibu kota Indonesia?"
Wakil Presiden Jusuf Kalla dilaporkan berkata Jakarta bakal menjadi pusat perniagaan dan kewangan ala New York, Amerika Syarikat sekiranya ibu kota dipindahkan, memetik laporan CNN Indonesia.
“Nanti kegiatan ekonomi bukan hanya di Jawa, malah industri itu harus (dibangunkan) di luar Jawa untuk meratakan ekonomi bangsa,” kata Jusuf.
Tambah beliau, “Lebih nyaman juga - tidak macet (kesesakan trafik), tidak ribut (kelam-kabut), sehingga pemerintahan mudah dicapai. Dicari daerah yang penduduknya tidak banyak, jadi di luar Jawa.”
Menurut satu kajian oleh Uber dan Boston Consulting Group pada 2017, pemandu di Jakarta mengambil masa purata selama 22 hari setahun berada di dalam kenderaan.
Dalam satu hari, pemandu di bandar itu mengambil masa 68 minit di dalam trafik dan 21 minit mencari ruang letak kereta setiap hari.
Bagi negara itu yang sering meletakkan fokus kepada pulau Jawa, antara lokasi yang menjadi sebutan sebagai lokasi baharu ibu kotanya adalah di wilayah Kalimantan di kepulauan Borneo.
Lebih khususnya, bandar raya yang disebut-sebutkan adalah Palangkaraya, ibu kota wilayah Kalimantan.
BACA: Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan
Dalam buku berjudul "Soekarno & Desain Rencana Ibu Kota RI di Palangkaraya", bandar raya itu turut pernah disebut sebagai salah satu pilihan ibu kota negara oleh Presiden pertamanya, Soekarno.
Pengumuman Jokowi itu dibuat susulan janjinya untuk meratakan pembangunan ekonomi ke seluruh negara, dan bukan hanya fokus kepada pulau Jawa.
Antara negara-negara yang pernah memindahkan lokasi ibu negara ialah Brazil yang beralih dari Rio de Janeiro ke Brasilia, dan Myanmar dari Yangon ke Naypyidaw.
Nailah Huda
Tue Apr 30 2019
Jakarta memikul dua beban - sebagai pusat pemerintahan dan perkhidmatan awam serta sebagai pusat perniagaan. -Foto Lhorenz Martinez.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Ibu negara Indonesia bakal berpindah dari Jakarta
Presiden Joko Widodo merancang untuk memindah ibu kota Indonesia dari Jakarta ke satu lokasi baharu.