announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Ibu rendam bayinya dalam air panas hingga mati

Ibu rendam bayinya dalam air panas hingga mati
Simmons enggan membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas merendamnya dalam air panas. - Gambar hiasan.
SEORANG ibu durjana sanggup menyeksa anaknya dengan merendam badannya di dalam air panas yang bersuhu 50 darjah celcius di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

Kanak-kanak malang yang baru berusia dua tahun itu mati dua hari selepas kejadian berlaku kerana lambat menerima rawatan perubatan.

Menurut laporan portal Thesun.co.uk, ketika kejadian, Zayanna, 2 menangis meronta-ronta kesakitan namun tangisan itu diendahkan ibunya, Lisa Simmons, 41.

Selepas kejadian berlaku, Simmons enggan membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan sehinggalah beberapa hari.

Ketika di siasat oleh polis, Simmons mendakwa ,dia hanya merendam anaknya selama seminit sebelum menyedari air itu terlalu panas.

Bagaimanapun, laporan pakar perubatan mendapati, kesan melecur di badan Zayanna itu menunjukkan kanak-kanak tersebut dianggarkan sudah direndam selama 10 minit.

Akibat daripada berbuatan kejamnya itu, Simmons telah dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.


Tag: Hospital, Amerika Syarikat, bayi, mati, ibu bunuh bayi, Wisconsin, Milwaukee



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.