awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICC buka siasatan awal jenayah 'perang dadah' Duterte

Agensi
Agensi
08/02/2018
16:24 MYT
ICC buka siasatan awal jenayah 'perang dadah' Duterte
Jurucakap Duterte memaklumkan, Presiden Filipina itu mengalukan siasatan itu kerana melihatnya sebagai peluang untuknya membidas dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - Gambar fail/REUTERS
MAHKAMAH Jenayah Antarabangsa (ICC) telah membuka satu siasatan awal terhadap dakwaan jenayah berhubung 'perang dadah' yang dilancarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Pendakwa raya ICC Fatou Bensou memaklumkan pada Khamis, siasatan itu bagi meniliti sama ada jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan dan sama ada mahkamah yang berpangkalan di Hague itu mempunyai bidang kuasa untuk membawa suspek ke ruang perbicaraan.
Bagaimanapun menurut jurucakap Duterte, Harry Roque, usaha tersebut hanya membazirkan masa dan sumber, dan dilakukan oleh pihak musuh yang ingin memalukan pemimpin Filipina itu.
Tambahnya, Duterte juga mengalukan siasatan itu kerana melihatnya sebagai peluang untuknya membidas dakwaan yang dikenakan terhadapnya.
"Presiden berkata dia mengalukan siasatan awal ini, kerana dia sudah penat dan muak dituduh melakukan jenayah kemanusiaan," katanya.
Kempen yang diilhamkan sendiri Duterte beberapa bulan selepas mengambil alih kuasa itu dikatakan bertujuan untuk membebaskan negara itu dari belenggu dadah.
Sepanjang operasi yang bermula sejak Jun 2016, hampir 4,000 orang maut di tangan pihak berkuasa.
Ia lantas mendapat kritikan aktivis kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa polis melakukan pembunuhan di luar batas undang-undang.
Aktivis pada masa sama mendakwa dalam kebanyakan kes, suspek tidak diberi peluang untuk menyerah diri sebaliknya terus ditembak mati.
Topic Berkaitan
#Fatou Bensou
#hague
#Harry Roque
#ICC
#jenayah kemanusiaan
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#perang dadah
#presiden filipina
#Rodrigo Duterte
#siasatan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan