Iceland akan menjadi negara pertama di dunia untuk memperusahakan bayaran gaji yang sama tanpa mengira jantina, etnik, seks atau kewarganegaraan.

Sempena Hari Wanita, Perdana Menteri Iceland, Bjarni Benediktsson berkata mereka akan memperkenalkan satu undang-undang kepada Parlimen bulan ini.

Perundangan itu memerlukan majikan yang mempunyai lebih 25 kakitangan memperoleh sijil perakuan untuk membuktikan bahawa mereka bayar gaji yang sama untuk wanita dan lelaki yang melakukan pekerjaan sama.

Difahamkan, setiap syarikat akan menjalani perakuan tersebut setiap tiga tahun.

Walaupun beberapa negara lain mempunyai dasar gaji sama rata ini, Iceland dianggap untuk menjadi yang pertama untuk mewajibkan perkara ini di kedua-dua syarikat kerajaan dan swasta.

Menteri Hal Ehwal Sosial, Thorsteinn Viglundsson berkata "ini merupakan masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang radikal tentang isu ini."

"Persamaan hak adalah hak asasi manusia.”

"Kita perlu memastikan lelaki dan wanita menikmayti peluang yang sama di tempat kerja. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil setiap langkah untuk mencapainya. "