awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ tidak tunduk ancaman tonto, mohon peruntukan senjata api - Anthony Loke
SJKP sasar bantu lebih 100,000 individu miliki rumah tahun ini
Audi perkenalkan kereta perlumbaan untuk musim debut F1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan paus mati dengan sampah 100kg penuh dalam perut

Agensi
Agensi
02/12/2019
15:16 MYT
Ikan paus mati dengan sampah 100kg penuh dalam perut
Seekor paus jantan sperma ditemui mati selepas terdampar di Isle of Harris Khamis lalu. - Foto SMASS via Sinar Harian
Seekor paus sperma ditemukan mati di sebuah pantai di Scotland dengan kira-kira 100 kilogram (kg) jaring, tali, cawan plastik, beg, sarung tangan, tali pembungkusan dan tiub terdapat di dalam perutnya.
Paus jantan itu mati selepas terdampar di Isle of Harris Khamis lalu, dua hari sebelum anggota sebuah organisasi yang menyiasat insiden haiwan terdampar, Program Haiwan Laut Terdampar (SMASS) menemuinya.
Apabila SMASS menemui bangkai ikan paus tersebut, terdapat bola besar yang mengandungi pelbagai serpihan marin di dalam perutnya.
"Ketika kami tiba ia telah mati selama 48 jam. Sebahagian besar sampah yang berada di dalam perut haiwan itu kelihatan sudah lama berada di situ.
"Jumlah sampah yang sangat banyak mungkin faktor yang menyebabkan ia terdampar. Buat masa ini kami belum menemui sebarang bukti ia memberi kesan atau menghalang ususnya," jelas SMASS dalam satu kenyataan di Facebook.
SMASS juga percaya serpihan sampah itu berasal dari daratan dan sektor perikanan di laut.
- Agensi
Topic Berkaitan
#ikan paus mati
#Isle of Harris
#Program Haiwan Laut Terdampar
#sampah dalam perut
#Scotland
#SMASS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan