awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Besar Al-Azhar tolak bertemu Naib Presiden Amerika

Bernama
Bernama
09/12/2017
15:40 MYT
Imam Besar Al-Azhar tolak bertemu Naib Presiden Amerika
Sheikh Al-Tayyeb yang pada awalnya menerima pelawaan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri susulan perkembangan terbaru membabitkan status Baitulmaqdis. - REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
Imam Besar Al-Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berikutan pengiktirafan negara itu terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar AS di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.
Sheikh Al-Tayyeb yang pada awalnya menerima pelawaan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri susulan perkembangan terbaru membabitkan status Baitulmaqdis.
"Kami tidak boleh duduk semeja dengan mereka yang manipulasi sejarah dan menafikan hak rakyat Palestin.
"Saya langsung tidak berkeinginan bertemu dengan pihak yang menyerahkan sesuatu bukan hak milik mereka dan Amerika harus segera membatalkan pengiktirafan itu dengan segera," katanya.
Sheikh Al-Tayyeb turut menyeru rakyat Palestin untuk bangkit kembali dengan semangat tinggi demi Islam dan negara tercinta.
"Kami (Al-Azhar) bersama rakyat Palestin dan tidak akan membiarkan mereka bersendirian," katanya.
Di Washington pada Rabu lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara itu untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmed Mohamed Al Tayyeb
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#imam besar al azhar
#Israel
#Mike Pence
#Palestin
#Sheikh Al-Tayyeb
#universiti al azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan