India pada Rabu merasmikan tugu patung tertinggi di dunia yang ukurannya hampir dua kali ganda berbanding monumen Statue of Liberty di New York.
Patung figura wira kemerdekaan India, Vallabhbhai Patel, bernilai AS$400 juta itu setinggi 182 meter dan diperbuat daripada keluli dan gangsa. Ia berdiri megah di negeri Gujarat yang juga merupakan tempat asal Perdana Menteri Narendra Modi.
Pembinaan tugu patung itu disifatkan sebagai antara usaha parti nasionalis Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) untuk menjenamakan semula ‘para pemimpin yang dilupakan’.
"Patel mahukan India yang teguh, kuat, peka dan berwaspada. Kita sedang menuju ke arah itu,” ujar Modi dalam satu upacara pelancaran pada Rabu.
Modi, yang mengarahkan pembinaan tugu patung itu di Sungai Narmada ketika dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Gujerat, pada tahun lalu berkata terdapat usaha untuk ‘memperkecilkan’ atau ‘melenyapkan’ sejarah Patel.
Tambahnya, Patel harus diingati sebagai tokoh yang menyatukan 562 negeri asal di India.
Pembinaan tugu patung Patel yang berpakaian tradisional itu mengambil masa selama 33 bulan dan menelan belanja besar dari dana kerajaan pusat, syarikat-syarikat milik negara dan beberapa institusi lain.
Sebanyak 210,000 meter kubik simen, 25,000 tan keluli dan 1,700 tan gangsa dihabiskan untuk membina tugu tersebut.
Modi dan BJP berkata, pembinaan tugu Patel itu adalah alternatif kepada tokoh-tokoh yang selama ini 'diagungkan' dari keluarga Nehru-Gandhi.
Pembinaan tugu itu bagaimanapun menerima kritikan dari beberapa pihak yang mempertikaikan tentang cara pengambilan tanah untuk dijadikan tapak monumen itu, serta kewajaran menghabiskan perbelanjaan yang tinggi.
Sementara itu, Parti Kongres, yang lama memerintah India sepanjang sejarah kemerdekaan negara itu mendakwa ‘meraikan’ Patel sebegitu seolah-olah mempermainkan sejarah.
Kongres kini diketuai oleh Rahul Gandhi, cicit Perdana Menteri pertama India, Jawaharlal Nehru.
Dalam Twitternya, Gandhi berkata: "Adalah suatu yang ironi, bahawa tugu patung Patel dirasmikan, sementara setiap institusi yang pernah dibangunkannya sudah lenyap."
Agensi
Wed Oct 31 2018
Pembinaan tugu patung Patel yang berpakaian tradisional itu mengambil masa selama 33 bulan. - Reuters
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Parti Kongres kalahkan Parti BJP pimpinan Narendra Modi dalam pilihan raya negeri
Kongres Kebangsaan India memenangi 117 kerusi dan mendahului di 19 kerusi lain manakala BJP memperoleh 53 dan mendahului di 11 kawasan pilihan raya.
India hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam
Kenyataan yang disifatkan menghina Islam itu mencetuskan protes dan rusuhan di bandar utara dan kemudian di Mumbai.
Negara-negara Islam kutuk kenyataan anti-Islam BJP, tuntut permohonan maaf
Qatar menyeru kerajaan India untuk segera mengecam kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di dunia.
Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet
Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu.
Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?
AAP menjadi satu-satunya pilihan yang layak bagi orang Islam Delhi sementara BJP hanya salah satu pilihan bagi penganut-penganut Hindu.
Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood
Acara yang dianjurkan oleh dua pemimpin senior dari Parti Bharatiya Janata (BJP) itu bertujuan membincangkan soal salah tanggapan tentang CAA.
Pengampunan India kepada kaum pendatang.. kecuali yang beragama Islam
Undang-undang kewarganegaraan India baharu memberi keampunan kepada pendatang hanya terpakai bagi kaum minoriti kecuali yang beragama Islam.
Ceritalah India: Kalau bukan Modi, siapa?
Veena pasti bahawa jika Perdana Menteri yang bertahan dipilih semula, anaknya akan mendapat pekerjaan: "Modi akan menyelesaikan masalah kami. Jika tidak Modi, siapa?"
Ceritalah Modi: Apa yang ada untuk saya?
Setiap orang bersetuju bahawa Hyderabad lebih membangun daripada Chennai. Mereka kagum dengan hentian bas berhawa dingin yang baharu di bandar raya itu.
Modi alami kekalahan besar dalam pilihan raya negeri
Kekalahan itu dianggap tamparan buat Perdana Menteri Narendra Modi menjelang pilihan raya umum 2019.