awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat kes pertama COVID-19

Agensi
Agensi
02/03/2020
04:59 MYT
Indonesia catat kes pertama COVID-19
Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, Indonesia kini mengesahkan dua kes positif melibatkan rakyatnya. - Gambar hiasan / Reuters
Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, Indonesia mengesahkan negara itu mencatat dua kes positif melibatkan rakyatnya.
Mengumumkan perkara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu.
"Orang Jepun itu ke Indonesia untuk bertemu dua mangsa berkenan dan menyebabkan mereka dijangkiti.
"Ia telah disahkan dan dilaporkan diserhakan kepada saya pagi tadi oleh Menteri Kesihatan," katanya.
Dua warga Indonesia yang positif COVID-19 merupakan seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 31 tahun.
Portal Kompas melaporkan, warga Jepun itu dijangkiti COVID-19 di Indonesia sebelum terbang ke Malaysia.
Jokowi, bagaimanapun, tidak memaklumkan di wilayah mana kes berkenaan berlaku, sebaliknya, memberitahu kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.
Indonesia sebelum ini menjadi antara negara yang tidak mencatakan jangkitan COVID-19 walaupun dikelilingi dengan negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Singapura yang mempunyai angka jangkitan lebih daripada 10 orang.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Indonesia
#Jepun
#Joko Widodo
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan