awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kerah kapal perang ke Natuna berdepan China

Agensi
Agensi
07/01/2020
04:07 MYT
Indonesia kerah kapal perang ke Natuna berdepan China
Puluhan bot nelayan China didakwa memasuki perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Natuna pada bulan lalu.
Indonesia semalam mengerahkan empat kapal perang tambahan ke kepulauan Natuna berhampiran kawasan pertikaian di Laut China Selatan selepas kapal milik Beijing enggan meninggalkan kawasan tersebut.
"Ia akan menyertai empat kapal lain pada hari ini. Kita juga ada ratusan anggota keselamatan di sana," lapor CNA memetik kenyataan Pegawai Hal Ehwal Awam dengan Kawalan Armada Pertama Tentera Laut Indonesia, Komander Fajar Tri Rohadi.
Puluhan bot nelayan China didakwa memasuki perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Natuna pada bulan lalu.
Menurut Komander Rohadi, Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA) turut meronda di kawasan itu.
"Mereka sudah menghampiri bot nelayan tersebut dengan berkomunikasi menerusi radio. Kami mahu ia tinggalkan kawasan itu. Mereka menangkap ikan secara haram. Kami berharap mereka memahami undang-undang Indonesia. Ia adalah hak kedaulatan negara ini," tegasnya.
Difahamkan, bot nelayan China itu terdapat di kira-kira 30 lokasi dan setiap daripadanya menempatkan sehingga dua bot.
Tiga kapal peronda pantai Beijing turut kelihatan di kawasan itu.
Sementara itu, Menteri Penyelarasan untuk Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Mahfud MD memaklumkan kira-kira 120 nelayan akan dihantar ke Natuna.
"Undang-undang antarabangsa menetapkan perairan dimasuki oleh bot China itu adalah milik kami. Indonesia berhak untuk meneroka kekayaan hasil laut termasuk pada kedalaman 200 meter di sana," katanya.
Tindakan itu turut menyebabkan Kementerian Luar memanggil Duta Beijing di Jakarta untuk menyuarakan bantahan.
Sebelum ini, China menegaskan perairan Natuna adalah kawasan tangkapan ikan turun-temurun untuk nelayan mereka. - Agensi
Topic Berkaitan
#Beijing
#bot
#bot nelayan China
#China
#Indonesia
#Jakarta
#kapal perang
#Kementerian Luar
#Zon Ekonomi Eksklusif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan