awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM
Pan-gon harap insiden kad merah matangkan Harith Haiqal
Internet disekat dua minggu, pendapatan rakyat Iran terjejas teruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tahan bot nelayan paling dikehendaki Interpol

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2018
12:47 MYT
Indonesia tahan bot nelayan paling dikehendaki Interpol
Kapal STS-50 itu dipercayai menyasarkan Antarctic toothfish spesies ikan kod yang memainkan peranan penting dalam ekosistem Lautan Selatan. - Foto REUTERS
Pihak berkuasa Indonesia yang bertindak atas permintaan Polis Antarabangsa (Interpol) berjaya merampas bot nelayan yang membawa 600 pukat hanyut yang boleh meregang sehingga 30 kilometer.
Kementerian Perikanan dalam satu kenyataan, semalam memaklumkan kapal STS-50 itu dipercayai menyasarkan Antarctic toothfish spesies ikan kod yang memainkan peranan penting dalam ekosistem Lautan Selatan.
"Bot tersebut turut mengibarkan lapan bendera negara berbeza pada waktu berlainan termasuk Sierra Leone, Togo, Kemboja, Korea Selatan dan Jepun.
"Interpol menghubungi Indonesia pada minggu lalu untuk menyiasat kapal terbabit. Susulan itu, kapal tentera laut Simeuleu melancarkan operasi untuk menahan bot itu di pulau Weh wilayah barat laut Aceh pada Jumaat lalu," kata Menteri Perikanan, Susi Pudjiastuti.
Difahamkan, bot yang menggunakan pelbagai nama termasuk Sea Breeze, Andrey Dolgov, STD No 2 itu pernah ditahan China dan pelabuhan Maputo di Mozambique sebelum 'terlepas'.
Sementara itu, Timbalan Ketua Turus Tentera Laut, Achmad Taufiqoerrochman berkata, kru rakyat tempatan yang berada di atas bot itu dilaporkan tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah belayar untuk tempoh lama tanpa dibayar gaji.
"Mereka mungkin menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bot nelayan
#Indonesia
#Interpol
#merampas
#polis antarabangsa
#STS-50
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan