awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satu daripada tiga kematian akibat kecederaan, keganasan di Eropah dikaitkan dengan alkohol
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini 4 strategi dan 5 kriteria dipilih Boris Johnson untuk buka semula ekonomi UK

Syahirah Hani Roslan
Syahirah Hani Roslan
08/05/2020
05:00 MYT
Ini 4 strategi dan 5 kriteria dipilih Boris Johnson untuk buka semula ekonomi UK
Boris Johnson dijangka mengumumkan strategi untuk membuka semula ekonomi UK dalam pelbagai sektor pada Ahad, 10 Mei. -Gambar fail
PERDANA Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson dijangka mengumumkan strategi untuk membuka semula ekonomi UK dalam pelbagai sektor pada Ahad, 10 Mei.
UK umum pelan pelonggaran sekatan Ahad ini
Strategi Johnson berkemungkinan akan diselaraskan dengan langkah-langkah yang bertujuan untuk menanamkan keyakinan dalam kalangan masyarakat supaya mereka dan anak-anak mereka berasa selamat untuk keluar rumah.
Johnson juga dijangka mengumumkan rancangan untuk membuka semula tempat-tempat awam, seperti taman dengan syarat penjarakan sosial, untuk membantu memastikan mereka yang berada di bawah perintah pengurungan mempunyai peluang untuk bersenam.
Pelbagai langkah dinasihatkan untuk mereka yang sudah diizinkan kembali bekerja di tapak pembinaan dan kilang dengan pengetahuan mereka akan mengikut garis panduan ketat mengenai penjarakan sosial dan kebersihan.
Di samping itu, sekolah-sekolah dijangka kembali dibuka seperti normal seawal 1 Jun.
COVID-19: UK dijangka benarkan sekolah beroperasi mulai 1 Jun
Berikut merupakan EMPAT strategi yang diusulkan oleh Johnson sebaik pembukaan negara:
● Penjarakan sosial berkala ● Izinkan mereka yang sihat dan kuat sistem imunisasi untuk keluar ● Memburu mereka yang dijangkiti dan merawat ● Tunggu vaksin dan rawatan
Sementara itu, beliau juga menetapkan LIMA kriteria yang harus dipatuhi sebelum kerajaan mempertimbangkan kelonggaran syarat kuarantin iaitu:
● Bukti bahawa Servis Kesihatan Nasional (NHS) dapat merangkumi seluruh UK ● Penurunan kadar kematian harian yang berterusan ● Bukti bahawa kadar jangkitan semakin menurun ● Bekalan ujian dan PPE dapat memenuhi permintaan ● Tiada risiko gelombang kedua
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#buka semula ekonomi UK
#EMPAT strategi
#garis panduan ketat
#LIMA kriteria
#lockdown
#pelitup hidung dan mulut
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan