Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu bukanlah insiden pertama seumpamanya. Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji, kebanyakannya akibat daripada kecuaian dan kegagalan pihak-pihak tertentu menguruskan jemaah yang ramai.
Disenaraikan di sini beberapa tragedi menyayat hati yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.
1. 2 Julai 1990: Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban. (1)
2. 31 Julai 1987: Tunjuk perasaan yang dibuat jemaah haji dari Iran mengakibatkan 400 orang maut.
3. 12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.
BACA: Tragedi kren runtuh di Masjidilharam - Lima warga Malaysia disahkan maut
GALERI FOTO: Tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram, Mekah
4. 15 April 1997: Masih di Mina, kebakaran di kem penempatan jemaah haji mengorbankan 343 nyawa.
5. 23 Mei 1994: Insiden rempuhan di Mina semasa melontar di jamrah, mengakibatkan 270 jemaah maut.
6. 1 Februari 2004: Seramai 244 jemaah haji maut, juga dalam insiden rempuhan ketika melontar di jamrah di Mina.
7. 9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.
8. 6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.
Sumber: (1) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tragedi-terowong-al-muassim-arab-saudi
Madiha Abdullah
Mon Sep 14 2015
Kehadiran jutaan umat Islam dalam satu masa memerlukan pemantauan dan pengurusan rapi
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Kren tumbang di Masjidilharam: Wang pampasan bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi
Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz
Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir
Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.
Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban
Jemaah haji, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti sebagai seorang daripada 107 mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, pada Jumaat.