awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini bukan gurauan, saintis Belgium serius mencari penderma tahi manusia!

Agensi
Agensi
25/08/2018
13:23 MYT
Ini bukan gurauan, saintis Belgium serius mencari penderma tahi manusia!
Seorang saintis membuat ujian ke atas sampel najis manusia di makmal Universiti Ghent, Belgium. - Reuters
Sumbangan penderma diperlukan dalam penyelidikan mencari penawar masalah gangguan usus, hinggalah ke alahan, hinggalah ke penyakit berkaitan saraf.
Namun bukan darah atau sum-sum mahupun organ dalaman yang diperlukan, sebaliknya pasukan penyelidikan di hospital Universiti Ghent mengharapkan sumbangan najis, atau tahi manusia!
Reuters melaporkan, di hospital berkenaan, para penyelidik menjalankan ujian transplan mikrobiota ke atas para pesakit.
Mikrobiota merujuk kepada kumpulan mikroorganisma khusus yang wujud dalam sesuatu persekitaran dan dalam hal ini – ‘persekitaran' itu adalah tahi manusia.
Sampel najis manusia ini diuji di dalam makmal Universiti Ghent, Belgium oleh sepasukan penyelidik. - Reuters
Sampel najis manusia ini diuji di dalam makmal Universiti Ghent, Belgium oleh sepasukan penyelidik. - Reuters
Pasukan saintis tersebut merancang untuk mengekstrak mikrobiota baik, yang tinggal di dalam usus penderma, untuk dipindahkan kepada pesakit dalam usaha memperbaiki keadaan dalam perut.
“Bagaimana kami mencari penderma? Itu bukan mudah. Seseorang itu jarang mahu mendermakan najis mereka. Ia juga sulit untuk dibicarakan, namun kami telah memulakan kempen ini dalam media massa,” ujar penyelidik bioperubatan Hannelore Hamerlinck.
Selain masalah gangguan dalam usus, najis manusia terbukti mempunyai aset dalam pencarian penawar bagi pelbagai jenis penyakit lain.
Dalam dekad-dekad sebelum ini, banyak kajian telah mengesyorkan kaitan antara gangguan dalam perut dengan mikrobiota dan penyakit, termasuk alergi dan kanser.
“Mikrob berada di tengah-tengah sistem. Bakteria dalam perut menghasilkan hormon yang akan mempengaruhi otak. Ia juga membantu mengawal aktiviti bakteria tidak baik serta proses penghadaman,” ujar Hamerlinck.
Penderma perlu dalam tahap kesihatan yang baik untuk menyertai penyelidikan ini. Sebagai permulaan, mereka perlu melengkapkan soal jawab yang panjang dan perlu diuji selama tiga bulan sebelum diumumkan layak untuk menjadi penderma najis.
Topic Berkaitan
#Bakteria
#Belgium
#mikrob
#najis manusia
#penyakit
#penyelidikan
#perubatan
#saintis
#tahi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan