awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini cara bergurau? Bayi maut selepas datuk beri minum alkohol

Agensi
Agensi
18/07/2019
00:25 MYT
Ini cara bergurau? Bayi maut selepas datuk beri minum alkohol
Bayi malang itu dilaporkan tidak bernafas selama setengah jam sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat. - Gambar hiasan
Seorang bayi maut selepas diberi minum air beralkohol oleh datuknya sempena sambutan hari kelahiran memasuki usia sebulan dalam kejadian di Beijing, China pada Rabu.
Sambutan itu juga diadakan bagi menandakan ahli keluarga terbaharu dalam sesebuah keluarga.
Menurut laporan Asia One, datuk bayi itu mendukung cucunya untuk dibawa berjumpa dengan tetamu yang hadir.
“Kamu tidak boleh minum (alkohol) sebelum cucunya minum,” gurau salah seorang tetamu tidak disebutkan identitinya.
Termakan dengan gurauan itu, warga emas itu lantas memberi cucunya meminum alkohol sebelum perbuatan itu disedari oleh ibu mangsa.
Bayi malang itu kemudiannya dilaporkan tidak bernafas selama setengah jam sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat.
Doktor mengesahkan kematian bayi itu disebabkan keracunan alkohol.
“Bayi tidak boleh mengambil alkohol. Bagaimana anda boleh bergurau tentang nyawa anak?,” tanya doktor itu.
Ibu mangsa yang berang dengan kejadian itu bertindak menampar muka bapa mertuanya berkali-kali.
Difahamkan, wanita berkenaan dilayan dengan layanan kurang baik apabila masih gagal mendapatkan cahaya maya selepas tiga tahun berkahwin dengan anaknya.
Hubungan mereka berdua hanya pulih selepas kelahiran bayi berkenaan.
Topic Berkaitan
#alkohol
#bayi
#Beijing
#China
#Hospital
#maut
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan