SEBUT saja hutan hujan Amazon, pasti ramai membayangkan sebuah belantara tua yang dipenuhi spesies tumbuhan dan haiwan yang bervariasi, sekali gus menjadi kawasan yang paling banyak menyimpan misteri kepelbagaian biologi.
Kisah penemuan binatang buas paling besar, ular yang menelan manusia, kolam air beracun, serangga kecil yang mampu membunuh, mistik dari roh-roh keturunan manusia terawal dunia, hinggalah cerita ia hanya selamat dihuni oleh komuniti pribumi yang tidak terdedah kepada kemodenan asas – semua itu antara yang terlintas dalam fikiran.
Di dalam hamparan rimba berusia puluhan juta tahun itu yang merentangi sempadan banyak negara Amerika Latin antaranya seperti Brazil, Peru, Colombia dan Venezuela, sebenarnya ada satu lagi fenomena alam yang luar biasa.
Ia digelar ‘Sungai Mendidih’!
Pada awalnya, kewujudan sungai yang diberi nama Shanay-timpishka dalam bahasa tempatan itu dianggap sebagai mitos semata-mata. Kononnya ada sebuah sungai yang airnya panas, sentiasa diselaputi wap hangat sepanjang waktu hinggakan dari jauh kelihatan seperti belantara itu sedang diselubungi kabus tebal.
Ada juga di tempat tertentu sungai itu, seseorang dapat melihat kepulan-kepulan buih yang naik dari dasar sungai ke permukaan air.
Ia juga dijaga oleh pawang tempatan, yang menganggap sungai itu adalah anugerah Tuhan kepada mereka dan harus dipelihara daripada dicerobohi.
Ada juga cerita yang mengatakan barangsiapa, baik manusia atau haiwan, jika terjatuh ke dalam sungai itu, akan menggelupur kepanasan dan mati. Kalaupun yang jatuh itu manusia yang paling gagah, dia pasti keluar ke tebing dengan mengalami kesan lecuran peringkat dua atau tiga.
Ternyata, semua yang dikatakan itu bukan suatu dongeng atau pembohongan!
Dalam jurnal National Geographic, diselitkan cerita daripada ahli geofizik Simon Worral dari Lima, Peru. Menurutnya, kali pertama dia mendengar tentang sungai itu adalah ketika dia masih kanak-kanak menerusi cerita daripada datuknya.
Berpeluang kembali ke lokasi itu untuk kajian saintifik, Worral menceritakan tentang perjalanannya ke situ.
"'Sungai Mendidih' ini terletak di hutan Amazon dalam negara Peru, di tengah-tengah bahagian lembah belantara. Dari Lima, seseorang perlu menaiki pesawat ke bandar Pucallpa yang mengambil masa sejam.
"Dari Pucallpa, pergerakan beralih ke kenderaan pacuan empat roda selama dua jam untuk sampai ke Sungai Pachitea, iaitu cabang Sungai Amazon yang selebar 300 meter.
"Dari situ, perjalanan diteruskan dengan peke-peke iaitu kanu berenjin untuk meredah ke hulu selama 30 minit," tulisnya.
Catatan Worral menyatakan, penyukat suhunya mencatatkan bacaan suhu air sungai di hilir hingga ke hentian terakhir bernama Mayantuyacu, meningkat dari 27 darjah Celsius hingga ke hampir 100 darjah Celsius!
Sementara itu, hutan di Mayantuyacu dihuni oleh dua komuniti pribumi dengan masing-masing diketuai oleh pawang. Pawang yang menyambut pengunjung akan menjelaskan bahawa 'Mayantu' bermaksud 'roh hutan' manakala 'yacu' bermaksud air.
Mereka juga percaya di hutan itu terdapat penguasa yang digelar 'Yacumama', iaitu 'roh ular' gergasi yang melahirkan air sejuk dan panas.
Kajian saintifik
Aktiviti gunung berapi, tekanan sistem magma, dan kandungan sulfur tinggi adalah antara teori saintifik tentang fenomena tersebut.
Selain itu, saintis juga tidak menolak kemungkinan suhu panas itu boleh terjadi bukan akibat aktiviti volkanik, sebaliknya ia memang sumber air dari lapisan bumi paling dalam, yang terhambur keluar ke permukaan.
Keseluruhan sistem sungai ini adalah kira-kira 9 kilometer, namun cuma 6.24km di bahagian rendah sungai itu menunjukkan suhu panas.
Pada musim kering, air panas sungai itu mampu membunuh manusia, apatah lagi mamalia kecil, reptilia atau amfibia yang tidak sengaja terjatuh ke dalamnya.
Hari ini, pasukan saintis masih berada di kawasan tersebut untuk menjalankan pelbagai jurus kajian. Ia juga dikunjungi oleh pengembara yang mahu melihat sendiri keadaannya, namun mereka sentiasa diingatkan supaya menjauhi risiko.
Namun, hal yang paling menyedihkan adalah, sebahagian kawasan sungai itu terkeluar dari zon rizab perlindungan hutan hujan Amazon, sekali gus terdedah kepada ancaman pembangunan.
Sedangkan bagi komuniti asal Mayantuyacu, itu adalah tempat bersemadinya roh nenek moyang mereka, dan perlu dipertahankan.
Agensi
Sat Aug 11 2018
'Sungai mendidih' di hutan Amazon ini menyimpan pelbagai kisah mistik, tradisi dan budaya bagi masyarakat tempatan. - www.boilingriver.com
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
NVIDIA pintas Amazon sebagai syarikat kelima paling bernilai di dunia
Nilai pasaran NVIDIA mencecah $1.78 trilion (RM 8.52 trilion) selepas pasaran saham ditutup berbanding Amazon dengan nilai $1.75 trilion (RM 8.37 trilion).
Amazon perkenal chatbot beli-belah AI 'Rufus'
Rufus masih di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang.
Amazon lancar cip Trainium2, Graviton4 untuk latihan AI serta pelayar data
Trainium2 direka untuk mempercepatkan proses latihan model sehingga empat kali lebih pantas berbanding cip generasi pertama.
Amazon bakal aktifkan AWS Region di Malaysia pada 2024
AWS Region membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia, dan pada masa sama menawarkan kadar pendam rendah (low-latency rate) untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Amazon lancar dua satelit, mahu saingi Starlink milik Elon Musk
Projek Kuiper menyediakan "jalur lebar yang pantas dan mampu milik kepada komuniti yang tidak dilayan dan kurang dilayan di seluruh dunia."
Lebih dari 100 ikan lumba-lumba mati akibat kemarau teruk
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa dan penyelidik terhadap ekosistem alam di Amazon yang semakin terancam.
Sepanyol denda Apple, Amazon AS$217.8 juta kerana amalan antipersaingan
Amazon dan Apple juga menyekat keupayaan jenama lain bersaing dengan Apple untuk memperoleh ruang pengiklanan di laman Amazon di Sepanyol.
Amazon cabar peraturan kandungan digital EU
Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS) Amazon mencabar penyertaannya dalam senarai syarikat yang dikenakan peraturan yang lebih sukar di Kesatuan Eropah.
Amazon tambah pelaburan berjumlah US$15 bilion di India
Gergasi e-dagang Amazon pada Sabtu mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak US$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada US$26 bilion, lapor Xinhua.