awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden gadis Islam dipukul, dibunuh sebelum dicampak ke dalam kolam cetus kemarahan

Agensi
Agensi
19/06/2017
15:26 MYT
Insiden gadis Islam dipukul, dibunuh sebelum dicampak ke dalam kolam cetus kemarahan
Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit. - Gambar fail
Seorang remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman terbaharu di negara itu apabila diculik dan dipukul hingga mati sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Virginia pada Ahad.
Mayat gadis malang itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah kolam.
Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.
Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit.
Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit.
Gadis itu kemudiannya dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri.
Pada pukul 3 petang, mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.
We are NOT investigating this murder as a hate crime. https://t.co/f6TegmdKMR pic.twitter.com/mlGzrQfiMk
— Fairfax Co. Police (@fairfaxpolice) June 19, 2017
Susulan insiden itu, polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.
Polis kemudiananya mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Islam
#jenayah
#mangsa
#mati
#Nabra Hassanen
#polis
#Ramadan
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan