Berita  | Dunia

Insiden letupan, tembakan di Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga maut

Insiden letupan, tembakan di Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga maut
KEadaan pos polis yang musnah dalam letupan di persimpangan di Jalan MH Thamrin, Jakarta. - Foto sumber Twitter
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam siri kejadian letupan di Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini.

Memetik laporan Kompas TV, saksi melaporkan berlaku tiga letupan di sekitar kawasan Sarinah.
Letupan pertama berlaku pukul 10.20 waktu tempatan dan letupan kedua dan ketiga berlaku 15 minit kemudian.

"Saya dengar ledakan yang sangat kuat," kata saksi, Vicka Kuen kepada Kompas TV.

Malah, pos kawalan polis yang terletak di hadapan pusat beli-belah Gedung Sarinah turut mengalami kerosakan.

Malah, Vicka juga mengesahkan melihat tiga orang menjadi mangsa.

BERITA LANJUT MENYUSUL