awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden rempuhan Mina: Angka kematian jemaah haji meningkat ke 717, 863 cedera

Reuters
Reuters
24/09/2015
12:51 MYT
Insiden rempuhan Mina: Angka kematian jemaah haji meningkat ke 717, 863 cedera
Insiden tersebut berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi). - Sumber Gambar Jabatan Pertahanan Awam Saudi
Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat ke 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.
Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 863 orang.
Buat masa ini, warga Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan dari Tabung Haji dan mana-mana agensi berkaitan untuk mengetahui jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan itu.
Angka kematian rempuhan di Mekah naik ke 150, cedera 400. Foto: Pertahanan Arab Saudi @501Awani pic.twitter.com/0sykWOVz0Q
— Rizal Zulkapli AWANI (@rizalzulkapli) September 24, 2015
[TERKINI] Angka kematian rempuhan di #Mina meningkat ke 220, 450 cedera. Laporan lanjut di @501Awani
— Rizal Zulkapli AWANI (@rizalzulkapli) September 24, 2015
[TERKINI] Angka kematian meningkat ke 310, jemaah dari pelbagai negara, lapor agensi Pertahanan Arab Saudi. @501Awani
— Rizal Zulkapli AWANI (@rizalzulkapli) September 24, 2015
Setakat ini, sejumlah 220 buah ambulans dan 4,000 anggota penyelamat dikejarkan ke tempat lontaran itu bagi membantu mereka yang cedera.
Jabatan Pertahanan Awam Saudi dalam laman Twitternya melaporkan pasukannya telah berada di situ untuk menenangkan dan mengasingkan jemaah haji kepada beberapa kumpulan untuk ke laluan alternatif.
Dua minggu lalu seramai 110 orang terkorban di Masjidil Haram, Mekah selepas sebuah kren tumbang dan menimpa sebilangan besar jemaah haji di situ.
Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan sejurus umat Islam selesai menunaikan solat Asar.
Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan Sa'ie.
Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie, yang berdekatan Mataf.
Topic Berkaitan
#Haji
#maut
#Mina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan