Angka kematian insiden rempuhan di Mina meningkat kepada 769, lapor Menteri Kesihatan Arab Saudi pada Sabtu.

Khaled al-Falih memberitahu pihak media, jumlah jemaah haji yang cedera turut meningkat kepada 934.

Jumlah jemaah haji yang cedera meningkat kepada 934 dari 863 dalam insiden paling tragis di suku abad ini.

Beberapa dozen, pekerja khas keadaan darurat kelihatan pada Sabtu, berada di satu aras jambatan Jamrah, yang merupakan struktur lima tingkat di Mina di mana jemaah haji menjalankan ibadah melontar manakala beberapa ratus ribu berkumpul sewaktu rempuhan tersebut berlaku.

Kebanyakkan petugas khas ditugaskan meronda di beberapa kawasan berdekatan, yang menyerupai bentuk garaj tempat kereta.

Penguatkuasaan ketat itu bermula selepas rempuhan yang berlaku pada Khamis.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi berkata, pihaknya telah menugaskan lebih 100,000 anggota polis untuk mengawal jemaah haji dan orang ramai.

Namun, jemaah-jemaah menyalahkan penutupan jalan dan penyelenggaraan yang longgar oleh pihak berkuasa terutamanya ketika cuaca panas melampau.

Beberapa pihak termasuk kerajaan Iran mengecam Arab Saudi kerana mengakibatkan kematian lebih 136 warganya.