Tutup

Berita  | Dunia

Iran sahkan dua peluru berpandu tembak jatuh pesawat Ukraine

Iran sahkan dua peluru berpandu tembak jatuh pesawat Ukraine
Penyiasat mendapati bahawa dua peluru berpandu Tor-M1 telah dilepaskan ke arah pesawat, ujar Pertubuhan Penerbangan Awam Iran. - Gambar fail
TEHRAN: Iran hari ini mengesahkan dua peluru berpandu telah menembak jatuh pesawat Ukraine PS752 dalam insiden awal bulan ini yang turut mengorbankan kesemua 176 individu dan mencetuskan protes membantah kejadian itu.

Menurut pihak berkuasa penerbangan, pihaknya masih belum menerima maklum balas positif selepas meminta bantuan teknikal dari Perancis dan Amerika Syarikat untuk menyahkod kotak hitam pesawat yang jatuh tersebut.
 

"Penyiasat mendapati bahawa dua peluru berpandu Tor-M1 telah dilepaskan ke arah pesawat," kata Pertubuhan Penerbangan Awam Iran dalam laporan awal yang disiarkan di laman webnya lewat malam tadi.
 

Katanya lagi, siasatan untuk menilai kesan yang berlaku akibat nahas itu masih berterusan.
 

Kenyataan tersebut sekali gus mengesahkan laporan The New York Times termasuk rakaman video menunjukkan dua peluru berpandu menembak pesawat Ukraine International Airlines. - Agensi
 

BACA: Nahas pesawat Ukraine: Pemimpin agung Iran pertahan pasukan pengawal



Tag: video, Ukraine, New York, pesawat, tembak, Amerika Syarikat, penerbangan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.