awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran tahan sebuah kapal tangki minyak milik Britain, benarkan sebuah lagi belayar

Agensi
Agensi
19/07/2019
21:52 MYT
Iran tahan sebuah kapal tangki minyak milik Britain, benarkan sebuah lagi belayar
Gambar fail kapal tangki minyak Stena Impero milik negara Britain yang didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran. - Foto fail/Stena Bulk/via REUTERS
Tentera Revolusi Iran berkata negara itu telah merampas sebuah kapal tangki minyak yang membawa bendera Britain di kawasan perairan Teluk pada Jumaat sekali gus meningkatkan ketegangan di laluan penting perkapalan antarabangsa itu.
Lapor Reuters, menurut pihak berkuasa Britain, negara itu sedang mendapatkan maklumat yang perlu selepas kapal terbabit, Stena Impero yang dalam perjalanan ke Arab Saudi dikesan secara tiba-tiba mengubah arah sewaktu sewaktu melintasi Selat Hormuz di perairan Teluk.
Sementara kapal tangki kedua, Mesdar yang juga membawa bendera British pula dikesan telah membuat lencongan meninggalkan perairan itu pada waktu yang sama.
Kementerian Luar Britain sebelum itu berkata kapal kedua itu itu telah turut dirampas dan berkata tindakan itu tidak dapat diterima.
Bagaimanapun Tentera Revolusi Iran menerusi sebuah siaran televisyen memaklumkan Mesdar telah dibenarkan meneruskan pelayaran selepas diberikan amaran.
Tekanan memuncak di rantau itu selepas tentera laut Britain merampas kapal tangki minyak milik Iran di Gibraltar pada 4 Julai yang lalu kerana disyaki cuba menyeludup minyak ke Syria dan melanggar sekatan Kesatuan Eropah (EU).
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Britain
#EU
#Iran
#Kementerian Luar
#Kesatuan Eropah
#Mesdar
#minyak
#Stena Impero
#Syria
#tentera
#Tentera Revolusi Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan