awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta

Agensi
Agensi
16/05/2020
14:15 MYT
Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta
Belalang juta yang berasal dari gurun itu menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran. - Reuters
Iran terpaksa menggunakan kuasa tentera untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha menghapuskan ancaman belalang juta yang kini menakluki bahagian selatan negara itu, lapor Reuters.
Kementerian Pertanian negara itu pada Jumaat memberitahu, kehadiran serangga yang dalam jumlah luar biasa itu memusnahkan hasil tanaman yang bernilai lebih AS$7 bilion (lebih RM30 bilion).
Ancaman belalang juta itu, yang paling dahsyat dalam tempoh berdekad-dekad, menambahkan lagi masalah Iran, yang sudahpun dalam dilema bagi menangani isu penularan wabak virus korona selain nilai eksport minyaknya yang menjunam teruk sejak sekatan Amerika Syarikat.
Jurucakap kementerian bagi Pertubuhan Perlindungan Tanaman (PPO), Mohammad Reza Mir, berkata belalang juta yang berasal dari gurun itu menyerang lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran.
Kawasan terjejas berkenaan, yang merentangi dari timur Iran di sempadan Pakistan hinggalah ke sempadan barat daya dengan Iraq, dijangka boleh meningkat sehingga sejuta hektar.
"Pihak tentera telah berjanji untuk membantu kami, termasuk membekalkan kenderaan lasak untuk digunakan di lokasi yang sukar diakses.
“Tahun lalu, pihak tentera pernah membantu dari aspek tenaga dan kenderaan... itu sangat membantu,” ujar Mohammad Reza.
Tambahnya, operasi melawan belalang juta itu setakat ini mampu menghalang 'kerosakan', namun dia tidak memberikan penjelasan lanjut.
Ketua PPO, Mohammad Reza Dargahi, berkata pada bulan lalu belalang juta itu mampu menjejaskan penghasilan produk agrikultur bernilai AS$7.4 billion (RM32.2 bilion), di enam wilayah di selatan Iran, lapor Financial Tribune.
Sementara itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kerugian bidang pertanian akibat serangan belalang juta di Pakistan, akibat belalang juta, boleh mencapai sehingga AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) untuk penghasilan sepanjang musim sejuk.
BACA: Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah
BACA: Awas! Empat krisis dunia ini dikhuatiri jadi lebih buruk akibat COVID-19
Topic Berkaitan
#ancaman pertanian
#belalang juta
#bencana
#hasil tanaman
#Iran
#krisis makanan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan