awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel mengganas, puluhan warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan

Agensi
Agensi
14/05/2018
21:13 MYT
Israel mengganas, puluhan warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan
Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu ketika mendekati pagar. - Foto REUTERS/Mohammed Salem
Puluhan rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel di sempadan Gaza pada Isnin dalam tunjuk perasaan dan pertempuran yang meletus susulan perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 55 mangsa maut ditembak dalam pertempuran ganas di beberapa kawasan sepanjang sempadan dengan hampir 3,000 yang lain cedera terkena tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim.
Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu ketika mendekati pagar dan cuba merosakkannya, manakala penembak tepat Israel berada di seberang sempadan.
Difahamkan kumpulan besar penduduk Palestin dijangka berkumpul pada hari ini, bagi membantah tindakan perpindahan pejabat Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Perasmian pembukaan kedutaan itu dijangka berlangsung pada 9 malam nanti (waktu tempatan) .
Sebelum ini puluhan penduduk Palestin dilaporkan terbunuh akibat ditembak tentera rejim Zionis apabila siri bantahan dan pertempuran yang bermula di sepanjang sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cedera
#Gaza
#Israel
#Kementerian Kesihatan
#mangsa
#maut
#tembakan
#Yahudi
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan