PIHAK berkuasa Palestin perlu membawa tindakkan undang-undang untuk melawan segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), The Hague, Belanda.
Beberapa tahun yang lalu iaitu pada 1 April 2015, pihak Palestin secara rasmi telah menandatangani Statut Rom sekaligus menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Keanggotaan terbabit telah membuka ruang dan peluang kepada pihak Palestin untuk mengemukakan dakwaan jenayah perang dan kemanusian terhadap Israel.
Buat sekian lama, rakyat Palestin telah banyak menderita akibat daripada kekejaman, penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh pihak Israel terhadap mereka. Semenjak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, rakyat Palestin tidak pernah mengecapi keamanan.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Israel serta penduduk Israel untuk memastikan setiap inci tanah milik rakyat Palestin menjadi milik mereka serta menafikan segala hak rakyat Palestin untuk mewujudkan negara yang bebas dan merdeka.
Untuk rekod, Israel telah banyak melanggar Konvensyen Geneva serta pelbagai jenis undang-undang antarabangsa khususnya yang berkaitan dengan hak asasi manusia terhadap penduduk Palestin.
Antara Konvensyen Geneva yang banyak telah dilanggar oleh pihak Israel termasuklah dengan melakukan pembunuhan kejam terhadap masyarakat awam Palestin tanpa mengira usia dan jantina, memindahkan ramai rakyat Israel ke kawasan yang ditakluki oleh mereka di tanah Palestin di Tebing Barat, mengenakan pelbagai jenis perintah berkurung dan penutupan jalan serta kawasan tanpa sebarang sebab yang munasabah serta mengunakan kuasa ketenteraan mereka secara berlebih – lebihan terhadap penduduk awam Palestin.
Pada masa yang sama juga, pihak Israel telah melanggar banyak peruntukkan undang-undang antarabangsa dan beratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditujukan kepada mereka dengan meneruskan proses penaklukan ketenteraan mereka di tanah Palestin, meluaskan serta menambah kawasan penempatan rakyat Israel di kawasan milik Palestin, membina tembok ditanah milik Palestin, serta menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah mereka sendiri.
Semua perlanggaran undang – undang ini membolehkan pihak Palestin membawa kes mereka ke pengetahuan pihak ICC. Walaupun Israel tidak menjadi anggota kepada ICC, namun tindakkan undang - undang boleh diambil melalui ICC terhadap jenayah yang telah dilakukan oleh mana - mana warga Israel di tanah dan kawasan milik Palestin.
Pelbagai jenis tindakkan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak Palestin melalui ICC terhadap Israel yang telah menjajah negara mereka semenjak penubuhan Israel pada tahun 1948 seperti jenayah perang, jenayah kemanusian, pembunuhan beramai-ramai orang awam dan lain - lain seperti yang jelas termaktub dibawah Artikel 5, Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Selain daripada itu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terbabit itu juga memperuntukkan skop maksud “jenayah perang” yang lebih luas dengan membolehkan pihak berkuasa Palestin untuk mengemukakan lebih banyak pertuduhan ke atas Israel dimana Artikel 7 Statut Rom terbabit menyenaraikan sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak penjajah untuk “menghalau atau mengusir” penduduk asal disesuatu kawasan yang dijajahnya melalui apa – apa cara pun tanpa kebenaran undang – undang antarabangsa adalah satu bentuk kesalahan jenayah perang yang boleh didakwa.
Tindakan ini banyak dilakukan oleh pihak rejim Israel yang telah banyak mengambil tanah secara haram serta menghalau penduduk Palestin dari tanah mereka sendiri dengan hasrat jangka panjang untuk menafikan hak warga Palestin untuk mewujudkan negara mereka sendiri.
Artikel 8 Statut Rom terbabit juga memperuntukkan jenayah perang meliputi aspek “penempatan penduduk” yang telah banyak dilakukan oleh pihak penjajah Israel dikawasan yang dijajah mereka semenjak mereka menduduki wilayah Palestin lebih setengah abad yang lalu.
Jika dilihat dengan teliti, pihak rejim Israel telah banyak membuka penempatan haram mereka dikawasan penduduk Palestin terutamanya di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis yang ingin dijadikan mereka sebagai ibu kota negara Israel yang tidak boleh dikongsi oelh mana-mana pihak termasuk pihak Palestin. Terdapat pelbagai jenis hukuman yang disediakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah oleh ICC.
Antara jenis hukuman yang boleh dikenakan meliputi penjara untuk satu tempoh yang lama, denda, serta rampasan harta. Ini jelas diperuntukkan dibawah Artikel 77 Statut Rom. Justeru, adalah penting bagi pihak berkuasa Palestin untuk mengambil tindakkan undang - undang dengan segera terhadap Israel bagi melindungi, menjaga dan mengambil kembali kedaulatan wilayah mereka yang telah lama diceroboh dan dijajah serta menegakkan keadilan terhadap rakyat Palestin yang sudah lama menjadi mangsa penindasan oleh Israel.
Semua negara dunia yang masih mempercayai pada prinsip keadilan perlu memberi kerjasama serta sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan dan rakyat Palestin di dalam perkara ini. Negara – negara Islam termasuk Malaysia harus terus berani membantu kerajaan dan rakyat Palestin tanpa berasa bimbang atau takut terhadap ancaman atau ugutan yang bakal diterima dari mana-mana negara yang sentiasa menyebelahi Israel.
Muzaffar Syah Mallow
Tue Jan 29 2019
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Israel serta penduduk Israel untuk memastikan setiap inci tanah milik rakyat Palestin menjadi milik mereka serta menafikan segala hak rakyat Palestin. - Gambar hiasan
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.