Tutup

Berita  | Dunia

Israel raja di mata Amerika -Trump halalkan penempatan haram Zionis Israel

Israel raja di mata Amerika -Trump halalkan penempatan haram Zionis Israel
Donald Trump menghalalkan penempatan haram Israel rampas tanah Palestin. - Gambar fail
RAKYAT Palestin dizalimi lagi - Donald Trump bertindak tidak mengambil kira pandangan dunia dengan mengisytiharkan penaklukan dan penempatan Israel melalui pemerintahan Zionis Benjamin Netanyahu sebagai tidak lagi dianggap salah disisi undang undang antarabangsa.

Keputusan itu diumum Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada Isnin yang sekali gus menambah jurang perbezaan isu politik Asia Barat antara sekutu Amerika terutama di Eropah dengan pentadbiran Donald Trump.
Konsisten dengan kecenderungan POTUS 45 merubah pelbagai polisi peninggalan Pentadbiran Barack Obama sewaktu Demokrat menguasai White House selama dua penggal ((2009-2017) - Donald Trump menunjukkan sifat angkuh dan berat sebelah memihak kepada Zionis melalui tindakan pro-Israel.

Pada hujung 2017, Trump mengumumkan Amerika memperakui tindakan Israel merubah status Baitulmaqdis (yang disebut Zionis dan penyokong Israel sebagai Jerusalem) menggantikan Tel Aviv sebagai ibukota.

Tindakan ini dikecam oleh kebanyakan negara dunia - termasuk di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dimana 14 negara (termasuk Britain, Perancis, Sweden, Itali dan Jepun) dari 15 anggota mengutuk Amerika. Negara-negara yang sekapal dengan Amerika termasuk Guatemala, Paraguay, Republik Czech, Austrial, Romania dan Honduras.

Kemudian pada bulan Mac, Trump sekali lagi menjadi pendorong Bukit Golan pula di rampas.

Satu ketetapan ditandatangani Trump 'menghalalkan’ tindakan Israel mengisytihar Bukit Golan yang ditawan dari Syria pada tahun 1967 sebagai wilayah mutlaknya. Tindakan ini tidak selari dengan polisi Amerika yang diharap mampu menampan tindakan liar Israel terhadap rakyat Palestin. Trump juga dilihat sebagai membantu Benjamin Netanyahu untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya Israel.


Tindakan Pompeo pada Selasa merupakan langkah terbaru Donald Trump yang jelas memanja dan mengikut telunjuk lobi Zionis Israel bersama golongan fundamentalis Kristian berhaluan kanan dalam kalangan penyokong parti Republikan.

Reaksi dari Benjamin Netanyahu seperti yang dijangka menunjuk keangkuhan regim Zionis yang berkeras kononya penerokaan haram Zionis Israel itu bertepatan dengan fakta sejarah.

Saeb Erakat yang mengetuai pihak Palestin menyifatkan tindakan Trump itu umpama mengganti perundangan antarabangsa (International Law) dengan 'undang-undang hutan' (Law of the Jungle).



Tag: Barack Obama, Donald Trump, Benjamin Netanyahu, Syria, Israel, Zionis, haram, Palestin, Mike Pompeo



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.