Kerajaan Israel menerusi Kementerian Luar Negerinya mengeluarkan larangan kepada wakil kerajaan Malaysia untuk memasuki di Tebing Barat.
Memetik satu laporan portal dari negara itu, arahan itu dikeluarkan pada Selasa sebagai tindak balas terhadap Malaysia yang ingin membuka kedutaan Palestin di Amman, Jordan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober lalu.
Malah kelantangan Perdana Menteri dalam ucapannya di beberapa majlis di Universiti Cambridge dan Universiti Columbia di New York disifatkan kerajaan Israel sebagai anti-Semitik dan anti-Israel.
Turut dibangkitkan, adalah berkaitan tindakan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos lalu.
Bagaimanapun Astro AWANI masih menanti sebarang kenyataan dari Kementerian Luar Negeri berhubung tindakan Israel itu.
Sementara itu, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menyifatkan tindakan Israel itu sebagai terdesak dan tercabar selepas Malaysia menjadi negara pertama ingin membina kedutaan bagi Palestin.
"Memang kita bidas dan kutuk apa yang dilakukan Israel, mereka adalah penjajah telah menduduki Baitulmaqdis. Kita tidak iktiraf penjajahan itu dan kita anggap Palestin adalah negara yang berdaulat.
"Jadi atas dasar itu Tun Mahathir mengisitiharkan buka kedutaan di dalam Tebing Barat, tapi Israel bertindak menghalang pegawai kerajaan untuk masuk ke Ramalah ke Tebing Barat.
"Sebab itu kita buat keputusan buka kedutaan di Amman, Jordan. Ini (dihalang masuk ke Tebing Barat) adalah suatu tindakan terdesak oleh Israel, sebab dia masih benarkan pelancong Malaysia pergi ke Tebing Barat melalui pakej lawatan ke Baitulmaqdis," katanya
Tambahnya, sikap talam dua muka Israel ketika ini jelas selepas Malaysia terus memberi tekanan terhadap Israel di pentas antarabangsa.
"Berkaitan dengan bantuan NGO, kita (MyCARE) memang ada menyalurkan bantuan di Tebing Barat tetapi melalui rangkaian kita di sana (Tebing Barat) yang ada hubungan, ibu pejabat di Turki dan Gaza melalui pejabat kita di Gaza"
"Ia tidak terjejas, bantuan itu disalurkan melalui orang tempatan melalui rangkaian kami di Gaza." katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Terdahulu Tun Dr Mahathir ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Azerbaijan Oktober lalu mengumumkan bahawa pembukaan kedutaan Palestin di Amman, Jordan akan dilakukan secepat mungkin.
Jelasnya, cadangan berkenaan bukan semata-mata kerana umat Islam, sebaliknya kerana ketidakadilan yang berlaku terhadap negara itu sejak beberapa dekad lalu.
Malah bagi memudahkan sebarang urusan bantuan disalurkan kepada rakyat di negara itu menerusi kedutaan mereka.
Ketika ini, lebih 30 pejabat diplomat dan pertubuhan antarabangsa di Ramallah serta Gaza di kawasan Palestin, manakala Palestin mempunyai pejabat kedutannya di Kuala Lumpur,
Fareez Azman
Wed Dec 04 2019
Tun Dr Mahathir Mohamad terkenal sebagai pemimpin Islam yang lantang bersuara dan mengkritik Isreal
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024