Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka untuk menyiasat serta menentusahkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, ketika menggariskan cadangan itu untuk pertimbangan kerajaan Myanmar semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Yangon pada Isnin, turut mencadangkan supaya ASEAN menyelaraskan bantuan kemanusiaan ke negeri Rakhine, seperti yang pernah dilakukan semasa tragedi taufan Nargis pada 2008.
"Saya percaya perkara paling mendesak sekarang adalah keadaan dari aspek kemanusiaan penduduk di kawasan terjejas.
"Seperti dalam kes lain, kami menggesa akses kemanusiaan tanpa halangan ke kawasan yang terjejas," kata Anifah dalam intervensi beliau pada pemukiman itu, dan menambah, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia kini bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.
Anifah berkata pertubuhan kemanusiaan antarabangsa seperti Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) juga perlu diberi akses penuh ke kawasan terjejas dalam usaha menilai keadaan di sana dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
Mengenai cadangan penubuhan sebuah kumpulan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka, Anifah berkata cadangan itu bertujuan membantu ASEAN merumuskan penyelesaian jangka panjang dan berkekalan kepada situasi di utara Rakhine itu.
"Kumpulan bebas ini kemudian akan mengemukakan syor kepada kami berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil. Saya percaya dalam mengekalkan semangat Pemusatan ASEAN dan kesepaduan, kita perlu menangani isu ini secara bersama," katanya.
Mengambil maklum bahawa isu yang dihadapi Myanmar adalah sangat rumit dan sukar, kerajaan Malaysia sesungguhnya percaya bahawa Myanmar perlu mempertingkatkan usaha dalam menangani punca sebenar masalah itu, katanya.
Anifah berkata beliau percaya janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar yang memberi kesan kepada penduduk tempatan, iaitu kewarganegaraan dan status, dan menyediakan bantuan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak 2012, akan memberi kesan jangka panjang dalam meredakan ketegangan dan menggalakan penyelesaian yang realistik serta berkekalan.
Beliau turut berharap kerajaan Myanmar akan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh menteri-menteri luar ASEAN itu.
Malaysia, kata Anifah, akan terus menyuarakan kebimbangannya selain menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Myanmar menerusi pelbagai platform, sama ada secara dua hala atau menerusi ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan platform lain yang berkaitan.
"Kami harap ulasan dan cadangan kami akan diberi perhatian serius oleh kerajaan Myanmar.
"Kita semua bersaudara dalam Komuniti ASEAN, yang mana kita menyatakan komitmen untuk merealisasikan matlamat ASEAN ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan, pertumbuhan ekonomi yang mapan dan perkongsian kemakmuran serta kemajuan sosial," katanya.
Anifah berkata dalam usaha mententeramkan komuniti antarabangsa, kerajaan Myanmar boleh mengeluarkan pernyataan berhubung langkah seterusnya yang boleh diambil seperti yang dicadangkan negara anggota ASEAN.
Beliau berkata bagi melenyapkan dakwaan tentang 'pembersihan etnik' atau dalam sesetengah kes 'pembunuhan beramai-ramai', menjadi kewajipan kerajaan Myanmar untuk bersikap telus dan memberi maklumat yang tepat dan kena pada masanya di samping membenarkan akses ke kawasan yang terjejas.
Anifah turut memaklumkan pemukiman itu bahawa pada masa ini, Malaysia memberi perlindungan kepada kira-kira 56,000 etnik Rohingya lelaki, wanita dan kanak-kanak, yang kehilangan tempat tinggal selepas melarikan diri dari kawasan terjejas di negeri Rakhine.
Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung beban kewangan yang sangat besar dalam menyediakan perlindungan dan keperluan asas kepada kumpulan ini, dan sungguhpun Malaysia bukanlah pihak dalam Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 dan Protokol 1967, namun Malaysia memberi bantuan secara konsisten kepada etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan dan penuh belas kasihan, katanya.
"Kerajaan Malaysia ditekan dengan hebat oleh rakyat kami yang amat bersimpati dengan nasib dan penderitaan etnik Rohingya," katanya pada pemukiman itu.
Anifah berkata Malaysia bersetuju dengan cadangan bahawa Myanmar mesti mengorak langkah dalam membina keyakinan dan mententeramkan kalangan penduduk setempat, selain melindungi kesemua penduduk tanpa mengira kaum, kepercayaan agama atau status.
"Sungguhpun Myanmar mungkin tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganya, kita tidak harus lupa bahawa mereka juga mempunyai hak terhadap hak asasi manusia.
"Justeru, kami percaya bahawa hak asas awam, ekonomi, sosial dan budaya mesti diberi kepada kesemua penduduk yang tinggal di negeri Rakhine tanpa mengira etnik, bangsa atau agama mereka," katanya.
Malaysia turut menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil semua langkah yang perlu untuk memulihkan kembali keamanan dan kestabilan di kawasan terjejas.
"Kami harap kerajaan Myanmar akan dapat mengendalikan keadaan itu dalam cara yang adil dan saksama, berlandaskan prinsip undang-undang dalam melindungi hak asasi manusia yang turut termaktub dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
ANIFAH: Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya. - Gambar fail
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.