awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham

Sinar Harian
Sinar Harian
22/03/2019
03:11 MYT
Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham
Jacinda Ardern meluangkan masa melawat Nazril Hisham di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan Rahasnan melalui Sinar Harian
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sempat meluangkan masa melawat Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch, pagi Jumaat waktu tempatan.
Rahasnan Abdul Rashid, 57 tahun, abang kepada Nazril Hisham berkata, Ardern meluangkan masa beberapa minit bertanyakan khabar kepada adiknya dan juga ahli keluarganya.
Perdana menteri negara Oceania itu sebelum ini pernah melawat rakyat Malaysia tersebut namun sebelum ini keadaan bapa kepada empat anak itu tidak begitu stabil.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, anak sulung Nazril Hisham, Mohd Haiqal Daniel, 20 tahun, memaklumkan ayahnya yang sedang dirawat di hospital itu nampak semakin ceria berbanding kelmarin.
Menerusi mesej Whatsapp kepada Sinar Harian, Mohd Haiqal menyatakan ayahnya mungkin akan pulih dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah dia nampak lagi ceria hari ini. InsyaAllah dalam masa terdekat dia boleh start rehab (proses pemulihan),” katanya. Sebelum ini, media melaporkan Nazril Hisham akan menjalani satu lagi pembedahan bagi merawat kecederaan di bahagian kaki dan belakangnya.
Kakak mangsa, Rosimah Abd Rashid, 56 tahun, berkata sebelumnya Nazril Hisham telah dua kali menjalani pembedahan sejak dimasukkan ke Hospital Christchurch.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Hospital
#Jacinda Ardern
#mangsa
#Nazril Hisham Omar
#New Zealand
#New Zealand berkabung
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#rawat
#serangan pengganas
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan