awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan hubungkan Donggala Barat, Donggala Timur runtuh

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2018
01:00 MYT
Jambatan hubungkan Donggala Barat, Donggala Timur runtuh
Jambatan ikonik itu antara lokasi percutian popular di bandar Palu. - Foto Sinar Harian
Jambatan Ponulele yang menghubungkan Donggala Barat dan Donggala Timur di Sulawesi Tengah dilaporkan runtuh selepas ia dihempas gelombang tsunami, semalam.
Jambatan ikonik itu antara lokasi percutian popular di bandar Palu.
Semalam, gempa bumi berkekuatan 7.7 pada skala Richter menggegar wilayah tengah Indonesia pada jam 5 petang (waktu tempatan).
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofisika Indonesia (BMKG) turut mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai barat Sulawesi dan pantai timur pulau Borneo, namun menarik balik amaran tersebut sejam selepas ia diumumkan.
Setakat semalam, hanya satu kematian dicatatkan di Donggala, manakala 10 lagi mengalami kecederaan.
Pihak berkuasa berkata, ombak tsunami yang menghentam Palu berketinggian sehingga tiga meter dan memusnahkan beberapa bangunan dan menghanyutkan rumah penduduk.
Pada 2004, gempa 9.3 magnitud di dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami di luar pantai Sumatera di barat Indonesia mengorbankan 220,000 orang penduduk di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.
Indonesia adalah sebuah negara yang kerap dilanda bencana alam. Negara kepulauan yang terletak di atas ‘Lingkaran Api’ Pasifik itu adalah kawasan yang kerap berlaku letusan gunung berapi dan gempa bumi. - Agensi
Topic Berkaitan
#donggala
#gempa bumi
#jambatan
#lokasi popular
#percutian
#Sulawesi
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan