awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamie Oliver tawar makanan percuma kepada mangsa kebakaran Grenfell Tower

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
15/06/2017
02:15 MYT
Jamie Oliver tawar makanan percuma kepada mangsa kebakaran Grenfell Tower
Menerusi laman Instagramnya, Jamie Oliver berkata beliau akan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan kebakaran tersebut. - Gambar fail
Chef terkenal antarabangsa, Jamie Oliver menghulurkan bantuan dan sokongan kepada berpuluh-puluh mangsa yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower, North Kensington di London, semalam.
Menerusi laman Instagramnya, chef selebriti itu menyarankan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Oliver meminta mangsa untuk melawat restoran miliknya, Jamie's Italian yang terletak di Westfield, hanya kira-kira 2 km dari lokasi kejadian.
“Kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower hari ini, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke restoran saya - anda akan diberi makanan dan minuman oleh pasukan saya,” tulis chef selebriti itu.
“Kedai saya terletak di Westfield, tidak jauh dari lokasi kejadian. Makanan dan minuman adalah percuma, anda hanya perlu bertemu dengan pengurus saya, Juan dan mereka akan sediakan yang sepatutnya,” tambah beliau.
To any of the 100's of FAMILIES effected by this terrible fire at Grenfell Tower Notting hill today, You are all welcome to come hang out in my restaurant and be fed and watered by my Jamies Italian team. We are in the Westfield just around the corner. Food and drink free of charge so just go and speak to my manager Juan and we will sort you out and give you some love .... this is for victims of the fire our thoughts, love and prayers are with you all big love jamie x x x x
A post shared by Jamie Oliver (@jamieoliver) on
Jun 14, 2017 at 2:27am PDT
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.
Polis mengesahkan terdapat ''sejumlah kematian'' manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.
BACA: Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
Topic Berkaitan
#Grenfell Tower
#Jamie Oliver
#kebakaran
#keluarga
#London
#makanan
#North Kensington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan