Tutup

Berita  | Dunia

Jepun akan teruskan usaha bawa pulang Carlos Ghosn

Jepun akan teruskan usaha bawa pulang Carlos Ghosn
Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga negara itu akan memastikan langkah yang sesuai diambil berdasarkan sistem keadilan jenayah. Foto: Reuters
JEPUN akan teruskan usaha membawa balik bekas pengerusi Nissan, Carlos Ghosn yang melarikan diri ke Lubnan.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga negara itu akan memastikan langkah yang sesuai diambil berdasarkan sistem keadilan jenayah.

“Sama ada Carlos Ghosn boleh diekstradisi atau sebaliknya, itu adalah keputusan kerajaan Lubnan.

“Ia bukanlah keputusan kerajaan Jepun untuk menyatakan sebarang kenyataan tentang perkara ini.
“Tetapi Jepun akan terus bekerja rapat dengan mana-mana organisasi antarabangsa agar sistem keadilan jenayah Jepun dapat dikendalikan dengan sewajarnya,” jelasnya.

BACA: Lubnan nafi terlibat dalam kes Carlos Ghosn lari
Kini, terpulang kepada kerajaan Lubnan untuk memutuskan sama ada pihak mereka akan mengekstradisi Ghosn, yang ditahan pada November 2018 atas tuduhan salah laku kewangan.


Minggu lalu, Lubnan terima notis yang dikeluarkan Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memastikan permintaan yang tidak terikat pada mana-mana undang-undang seluruh dunia untuk mengesan dan menahan suspek buruan.

Lubnan dan Jepun tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, dan notis yang dikeluarkan Interpol tidak mengharuskan Lubnan untuk menahan Ghosn.

Media melaporkan sebelum ini, pihak berkuasa Lubnan menyatakan Ghosn memasuki negara itu dengan pasport yang sah, yang sekali gus menimbulkan keraguan sama ada negara itu akan menyerahkan Ghosn kepada Jepun.






Tag: Jepun, bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn, Lubnan, Interpol



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.